Wednesday, February 29, 2012

Untitled!!

Assalamua'laikum.. syukran jazilan!! ;')
a


‎"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."


* Take care, wassalam..

Sunday, February 26, 2012

Jom diet esok!!

assalamualaikum. esok isnin!! hehe.. jom sahabat2 kita puasa nak?? Sunat?? Ganti?? Nazar?? yup.. InsyaAllah xda aral melintang puasa k.. ;)) itu je la.. ;))

Wasiat Rasulullah pada Saidina Ali

Assalamualaikum.. ada terbaca kat sini . Then nak post jugak kat blog ni.. perkongsian..;)
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, "Rasulullah saw berwasiat kepadaku dengan sabda Baginda":
"Ya Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan. Tidak ada harta yang lebih berharga daripada aqal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (rasa kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah. Tidak ada wara' yang lebih baik daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur."
"Ya Ali! Segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit berkata-kata adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah merasa bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama adalah hawa nafsu."
"Ya Ali! Perbanyakkanlah membaca Surah Yassin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan. Tidak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus kecuali hilang hausnya. Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Di penjarakan melainkan ia akan keluar dari penjara. Bujang melainkan ia akan berkahwin. Sewaktu musafir matanya menjadi terang dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatkannya kembali. Tidak dibacakan ia ke atas orang yang akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sehingga petang, dan barangsiapa yang membacanya di waktu petang nescaya ia akan berada di dalam keadaan aman sehinggalah waktu pagi."
"Ya Ali! Bacalah Surah Hammim Ad-Dukhaan pada malam Jumaat, nescaya Tuhan memberikan keampunan kepadamu."
"Ya Ali! Bacalah Surah Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuatu."
"Ya Ali! Bacalah Surah Tabaraka dan As-Sajadah nescaya berkat keduanya engkau diselamatkan Tuhan daripada bahaya hari kiamat."
"Ya Ali! Bacalah Qulhuwallahu Ahad dalam keadaan engkau berwudhuk, nescaya engkau akan di seru pada hari kiamat; Hai pemuji Tuhan! Bangkitlah, maka kemudian masuklah ke dalam syurga!"
"Ya Ali! Bacalah Surah Al-Baqarah, kerana sesungguhnya dalam membacanya itu ada membawa keberkatan, dan tidak mahu membacanya membawa penyesalan.
"Ya Ali! Janganlah engkau bersetubuh dengan isterimu pada malam bulan sabit baru muncul, dan jangan pula pada pertengahan bulan, kerana di khuatirkan anakmu akan cacat."
Aku (Ali) bertanya: Kenapa demikian ya Rasulullah? Jawap Baginda: "Kerana Jin banyak mendatangi wanita-wanita pada malam tengah bulan dan pada malam Hilal (bulan sabit). Apakah engkau tidak perhatikan bahawa orang-orang gila itu boleh muncul penyakitnya kembali pada malam tengah bulan dan malam Hilal itu?
"Ya Ali! Jauhilah sengketa, kerana ia akan menghapuskan amalan-amalan engkau."
"Ya Ali! Segeralah bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkah mendahului sedekah."

"Ya Ali! Jauhilah kemarahan, kerana syaitan menguasai anak cucu Adam dalam keadaan ia marah."
"Ya Ali! Jauhilah olok-olok, kerana hal itu akan menghilangkan kehebatan anak cucu Adam dan kesungguhannya."
" Ya Ali! Jauhilah riba, kerana padanya terdapat enam perkara, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga di dunia;
1. Ia akan cepat memusnahkan harta.
2. Ia akan melenyapkan kekayaan
3. Ia akan menghapuskan rezeki.
Adapun yang tiga di akhirat ;
1. Ia akan membawa buruk perhitungan (hisab).
2. Ia akan membawa kemurkaan Allah swt.
3. Kekal di dalam neraka."
"Ya Ali! Cintailah fakir miskin, nescaya Allah akan cinta pula kepadamu."
"Ya Ali! Janganlah engkau bentak fakir miskin, nescaya engkau akan di bentak pula oleh Malaikat pada hari kiamat."
"Ya Ali! Janganlah engkau abaikan sedekah, kerana ia akan menolak kejahatan dari dirimu."
"Ya Ali! Keluarkan infak hartamu dan berikan kelapangan kepada keluargamu, dan janganlah khuatir terhadap Tuhan yang memiliki Arasy bahawa Ia akan menyediakan kurnia-Nya terhadapmu."
"Ya Ali! Janganlah berdusta, kerana dusta itu menghitamkan muka. Bila seseorang sentiasa berdusta, dia akan dinamakan disisi Tuhan "si pendusta", dan bila dia benar maka akan dinamakan disisi Tuhan sebagai orang yang "benar" (siddiq). Sesungguhnya berdusta itu akan menjauhkan Iman.
"Ya Ali! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah bicara yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat melebihi ketajaman lisannya."
"Ya Ali! Jauhilah sifat dengki, kerana dengki itu memakan segala kebajikan sebagaimana api memakan kayu bakar".
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasa'i)
Wallahua'lam..

Rasa nak menaip

Assalamua'laikum.. alhamdulillah masih diberi kesempatan on9.. ngadap labtop ni.. tapi yang xbestnya labtop merajuk lama sangat la.. macam2 problem.hehe.. abaikan je la. saja dia taknak bagi sy on9 kan..;p .Sebelum bercerita panjang lebar kan, nak share something ni.. ada terbaca satu buku tu.. 

Hadis Bukhari dan muslim kalau xslap.. maap.. sumber tak ingat kat mana, tapi boleh diamalkan..
Nabi s.a.w bersabda: 
"Barangsiapa yang ucapkan subhanallah (33x) alhamdulillah(33x) allahuakhbar(33x) = 99x kan, Nabi akan cukupkan dengan 100x zikir kita.. "

subhanallah mudah nya Islam kan.. zikir sikit je dah dapat hadiah.. ;) alhamdulillah, semoga pengakhiran kita kalimah " Lailahaillah" meniti di bibir kan. amin..  

 Hari ni cuaca tak menentu ja. kejap hujan, kejap panas.. tapi kita kena bersyukur tau sebabnya kalau hujan mesti ada sebab kenapa dan sebaliknya. Kalaupun kita xsuka pada hujan kan, tapi mana tahu masa tu tempat lain sangat memerlukan hujan. tak pun cuba tengok mungkin tumbuhan nak kan air kan.. so Allah bagi la hujan kan?? ha.. Setiap benda yang Allah tetapkan ada hikmahnya kan.. petang tadi ada terima mesej..


" Tahniah dan takziah.. anda terpilih untuk...." 

 mampu ke nanti?? insyaAllah sy cuba k.. buat semampu yang boleh. pastu ni part paling best. haha..



Ada sorang lecturer kmk kan( bhsa kmk la ow) dia ada text kmk, tnya result cemana.. puan ok!! puan suliahti namanya.. puan ni sangat best, dia macam mak kmk je.. caring je orangnya.. pastu kmk reply la..


kmk                 : Alhamdulillah result ok puan, cuma pointer xseperti yang sy target. tapi bersyukur"
puan                :  Nak tanya kat kampung awak ade x orang buat tempahan baju kurung n baju melayu?? 
(hahahahah.. kmk gelak besar.. jahat kan.. gelak bukan sebab apa, xkan puan nak tempah kat kedah.. rumah dia kat selangor wei.. ok.. )
puan                :  yup, sy nk tempah untuk 5 orang anak lelaki, 3 orang anak perempuan, sy,hubby n maid sy..
(hahahah.. kmk gelak lagi.. motif kmk gelak xtau knp.. then kmk pun gi tnya mak kmk.. mak boleh buat x?? mak on ja, cuma takut xselesa pulak nnt. ok!! puan nak tempah baju untuk raya nanti.. sempat kot buat. tapi masih dalam proses runding harga..;) tutup cita.. )

pastu ada mesej dengan sorang sahabat merangkap kakak jugak.. tanya khabar dia suma. then dia tnya macammna kmu dengan jejaka tu?? oh tidak.. kenapa soalan tu?? boleh x kalau kmk cakap kmk xnak fikir dan belum bersedia sebabnya kmk rasa itu sebenarnya ujian Allah untuk kmk.. nak tahu kenapa?? panjang kisahnya.. pendekkan?? oh tidak, memang panjang..haha.. abaikan je . cuma kmk terkesan bila baca artikel ni kat blog ni.. hatiku tak terjaga.... bila nak menuntut ilmu perkara paling2 penting kena jaga ialah HATI kan.. so, tolong jaga hati tau.. Alhamdulillah berkat doa pemilik cinta Allah kmk berjaya melepasi ujian tu buat masa ini. tapi mampu ke untuk masa akan datang..  kmk terkesima bila terpandang kata2 ni:

Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya, Namun kadang kadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita kerana Dia ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. Sama2 kita menjaga dan mendidik hati ....<3 InsyaAllah =') 

Petang sikit pulak kmk terima mms.. opss.. alhamdulillah handphone dah dapat trima mms ok. 
adik mannis!!! syukran jazilan ya.. ;) comel sangat.. ptut busy je..;p pastu kan.. hahaha.. kmk suruh la kak long merangkap sepupu kmk mintak dia ambikkan gambar kmk, kononnya nak reply mms dia, tapi, xcomel.. nak tunggu bila kmk stress, baru comel gambar tu.. dok kat umah asyik bina badan ja kan.. hahaha.. habis la..

malam sikit pulak dapat tahu sahabat kmk ni ade blog rupanya.. hahah.. nak tiru ayat dia lah.. 

" MAAF UNTUK KALI KE 17.. " hahah.. saja nak 17 bagi dia ingat tarikh lahir kmk ow..;p hari lahir? ada x entry pasal hari lahir ow?? xingat dah.. abaikan je


Wednesday, February 22, 2012

Syukur Allah!!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah berkat usaha, doa mak abah, sahabat2 kesayangan saya.. walaupun xseberapa, TAPI Allah bagi ikut daya kemampuan kita kan..

Wednesday, February 15, 2012

Sampaikanlah

Assalamualaikum.. tangan dan mata mencari sesuatu untuk dihadamkan..;) aku perlu bangun, perlu sedar!! kadang2 terdetik jugak aku belum layak untuk meyampaikan, tapi sampai bila?? ayuh!! 
cer tengok apa yang dipadah oleh Imam Syafie?


'Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan dimuka bumi ini'. [Imam Syafie]


Tidak akan ada pendakwah dimuka bumi kalau kita masih merasa kita tidak mampu untuk berkongsi atau menyampaikan.. Pesanan terutama2 sekali pada diri..



ok.. itu sahaja untuk kali ini.. take care ;) wasalam...





Sunday, February 12, 2012

Terima kasih sahabat ;')

Assalamualaikum.... entah kenapa tiba2 rasa sebak dan rindu pada mereka sahabatku, saya serlahkan rindu saya pada mereka, dan khabarkan rindu sahabat pada sahabat, tenang dia berpesan, walaupun tiada khabar dari dunia teknologi, jangan lupa khabarkan pada yang menciptakan mereka. ALLAH, sekalung doa buat sahabat semua. Al fatihah..


Buat sahabat kesayanganku..Terima kasih pada ingatan selama ini, teruskan memberi ingatan padaku, kerana aku lemah saat kalian tiada.

" Pada yang jauh, maafkan kerana gagal mendekat, pada yang hampir maaf kerana tidak pandai membelai.. Kita akan temui sesuatu yang kita hilang di tempat yang kita kehilangannya. Dan kadang kadang sesuatu pengakhiran membawa kepada suatu permulaan yang lebih baik.

Juga perkongsian dari adik asniar ;)

Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah bersabda:
Seorang lelaki pernah mengunjungi saudaranya di sebuah kampung,Maka Allah mengutus malaikat untuk memantaunya. Ketika ia lalu malaikat bertanya:

" Engkau hendak kemana?" Ia menjawab : " Aku inging mengunjungi saudaraku disini" malaikat bertanya: " Adakah kerana kenikmatan yang akan kamu perolehi darinya(hasil bumi)?" Ia menjawab: " Tidak, aku hanya menyayanginya kerana ALLAH" Lalu malaikat berkata: " Aku adalah utusan ALLAH untuk menyatakan padamu bahawa ALLAH mencintaimu sebagaimana engkau telah mencintai saudaramu kerana DIA"
( Hadis riwayat Muslim)

Memang mudah mengungkap sayang fillah, tapi sejauh mana tafsiran itu pada realitinya?? :') maaf andai tak menjadi sahabat yang terbaik pada kalian.. sayang sahabat semua yang menjadi kekuatan saya. terima kasih atas nasihat,teguran kalian k..

* this word below credit to her, ( uQu )

" Sahabat adalah cerminan diri" tapi nak jugak kmk buat lawak ni, xsemestinya kalau sahabat kita "comel" kita pun sama comel..haha.. uqu!!! rindu uqu banyak lemon..hihi.. ;)

;)

Assalamua'laikum.. dalam keadaan diri terkapai2 mencari sesuatu makanan jiwa, terpandang pada satu ayat ini:

Ketika anak murid Imam Al  Ghazali bertanya padanya :

" Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?"

Lalu jawab Imam yang arif itu  :

" Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata yang kotor kotor dan sia sia"

Thursday, February 9, 2012

wahai pencinta warna warni dunia !! ;)

assalamualaikum sahabat2..;)
Jom kenali personaliti hijau:

KENALI WARNA DIRI ANDA...


Warna Hijau


1. Jenis yang sa
ngat ROMANTIK, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang sejuk. 

2.Seorang yang berpegang pada prinsip diri.

3.Dalam bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercaya.





 Warna Biru


1. Jika kamu menyukai warna biru, maka kamu termasuk dalam JENIS pemurung.

2. Selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal. 

3. Mendambakan ketenangan dan ketentEraman. 

4. Selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan
. 
5. Dalam bercinta kamu bijak dalam menyembunyikan sesuatu.

* copy dari sorang sahabat ;) warna purple belum ade lagi, warna oren??xde jugak lagi..hihi




Belum rezeki ;)

Assalamua'laikum,
Alhamdulillah, hati tersentuh, hati sebak, hati nak nangis.. :') teringat dengan banyak task yang dapat, tension keadaan dirumah, kekalutan dunia, Allah, sikit je baru wahai diri.. dah mengeluh kan.. hmm.. tertunggu-tunggu jugak panggilan daripada HEP, belum ada lagi pun. kawan2 lain suma dah dapat, kenapa aku belum?? sedih :'( nak nangis, mungkin niat pada awal mohon nak jadi fasi untuk MDS dah salah,tersasar sedikit pada tujuan asal kot, Allah... Kawan2 semua call gitau dah dapat call. kenape HEp xcall saya lagi. mungkin diorang tak de kredit nak call kot ataupun mungkin bil telepon HEP tak bayar..hiihihi.. haraplah gitu. kalau ada rezeki on 18 feb ni bertolak balik ke Shah Alam. tapi belum ada kan. Malam ni kena siapkan semua tugasan yang diberikan. Esok last hantar k.. ingat tu, tapi tangan ni rasa ringan jugak nak taip2 share dengan sahabat2 semua.. ;)

ingat nie sikit keh.. buat para Da'ie :
"apabila kita sendiri di uji dengan apa yang sering kita dakwahkan, maka itu adalah petanda bahawa ALLAH sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. bersyukurlah kerana ALLAH masih sudi mengingatkan kita dalam usaha kita mengingatkan manusia"

mood^^: bila la dapat jenguk2 nota-nota dia kan.. hmm.. masih menanti ;)

Wednesday, February 8, 2012

Jom Minum ;)

Assalamualaikum, Teringat pada pengisian daripada seorang sahabat di surau Gading, Rindu~ Ok, tentang Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri??



Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika 


kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. 


Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring 

oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.



Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!

Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..



1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.


2. Minum air 30 minit sebelum makan dapat mempercepatkan proses pencernaan..;)


Wallahua'lam..;)

Friday, February 3, 2012

Terima Kasih Allah..

Salam.. alhamdulillah malam ni tetiba rasa ringan tangan nak taip kat sini.. bukan ape, ada request dr shbt surh update. memang nak update lame dah tp..hm.. entah lah.. Tahniah buat sahabat yang berjaya dengan keputusan UPU.. Korang hebat sahabat!! Tahniah kepada mereka.. ;) lama pulak nak masuk sem baru.. xsabar nak jumpa diorang. nak gi program sama2.. nak gi surau sama2.. Allah, rindu lah..xnak lah update bnyak2.. nnt k.. nnt sy/akk update pasal ape aktiviti yang dibuat masa cuti keh..heee...esok nak pegi tunang abang.. kat Kuala Kubu Baru, Selangor.. Mohon doa kalian jua.. ;) keyboard buat hal.. huruf JJJJ memang prob. hari tu M, _.. tapi J pulak.. aigoo.. hehe.. ok lah k. k  k  k.. nnt lah update lagi.. Selawat dan Salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Allahummasollia'lamuhammad..

tengok gambar2 kt labtop. >.< rindu sahabat2 tercinta dan adik2 tercinta ~
Hug with love.. ;))