Wednesday, January 14, 2015

coming back

Assalamualaikum dan salam sayang.. fuhh... berhabuk page ni . Dah lama keyboard tak menari-nari disini. Sepi. Tuan busy ye. InsyaAllah.. akan kembali dengan azam baru tahun baru umur baru dan cinta baru. ;)


Terima kasih"anda" kerna dapat saya on9 disini dan berceloteh . ;) Ok. Bye!! Wasalam.

Friday, March 8, 2013

Aku tanpamu

Salam.. Aku tanpamu.. hilang di bawa arus masa..ditakdirkan Allah, akhir pengajian, diuji oleh dia.. aku hilang tanpamu.. dulu, setiap masa luahan hati aku lontarkan padamu.. tapi, masa itu cemburu keakraban kita, kita mula xkenal , kita mula tidak berkongsi, kita mula jauh, kita mula bina hidup baru, tapi aku rindu saat itu.. hiba hati saat terfikir adakah lagi dia untuk aku.. Allah, rindu, mungkin masa merubah segalanya..
titisan air mata di takungan, aku xbiarkan ia tumpah, aku bimbang esakanku berlarutan, aku pujuk diri, aku pujuk hati,, ALLAH ada, mungkin Allah rindu akan luahan hati aku, yaa,, memang DIA sebaik2 pendengar. Doa kan aku tabah.. Aku hamba hina, aku xpunya apa2, aku rindu pada mereka.. Allah, kasihkan kedua ibu bapaku, kasihkan abang2ku, kasihkan kakak2ku, kasihkan adik2ku, aku sayang mereka, tiada aku tanpa mereka..

Friday, March 1, 2013

Rindu itu bertandang lagi..

Assalamualaikum.. Allah, aku hantarkan doa pada dia, peneman dikala aku lemah, sungguh aku rindu dia, senyuman bahagianya, namun, masa mengatur, DIA maha berkuasa mengatur aku dan dia, terpisah kerana jarak dan waktu, masa itu telah lama aku tinggalkan, entah dia sedar..

Friday, January 4, 2013

:: Mati itu pasti::

Pagi itu, seperti biasa bila sy sedar sy diatas lantai tanpa berbantal. seingat sy smlm sy diatas katil, rehatkan kesengalan badan, tengkuk, leher, bak kata doktor, bagi muscle relax sikit, baring k. tanpa fikir panjang, sy baring, selepas selesai solat, mandi, sy baring. Sakit rasa bahu, xboleh nak toleh kiri kanan. Sakit ja yang sy tahu. tapi, ape lah sangat dengan sakit orang lain kan? hari tu dah penah jadi, makan ubat, ok.. hmm.. mind set kot kan? then, baring lah. roomate keluar time tu, pegi ambik nota katanya. Sy lena atas pembaringan empuk, roomate sy tengok sy dipembaringan, lena katanya. ok, then pagi esoknya jam 5 pagi sy sedar sy dilantai, sy bangun semula naik ke katil, sakit masih ade lagi. relaxkan badan, sy lunjurkan kaki sy, seperti biasa. saya lena lagi. sedar jam 7.30 roomate sy kejutkan, sy bangun mcm biasa dan sakit masih ade. Dia tanya sy.. 

" Awak ok?? " sambil muka roomate sy lain mcm, sy ckp, ok je..
" Awk, tadi sy cuak sangat2, takut sangat2, sy sedar pagi tadi, awk senyap je, posisi awk tido lain, mcm mayat, sy pegang badan awk, keras, xgerak, sejuk sangat2 badan awk pagi tadi, kaki awk ke atas lurus, muka awk, masyaallah, pucat sangat2, sy terduduk kat katil sy, sy ckp, biar betol naeimah ni? sy pegi kat awk balik, xde turun naik nafas kelihatan, Sy cuak awk, sy terus kejutkan awk. alhamdulillah, awk ade lagi.. sy ingat awk dah xde, jgn pegi lagi awk, esok kita exam, awk xubah macam mayat tadi. seriusly.."

Allahuallah, andai nyawa ak tiada dikala tidurku?? Akhirkan pengakhiranlu dalam husnul khotimah Ya Rabb!!.. Tiba2 terfikir,sudah cukupkah amalan ku?? bakti ku pada ibu bapaku? baktiku pada agamaku? Allahuallah..