Thursday, December 29, 2011

:kasihNya:

Assalamualaikum.. salam sayang buat semua sahabat yang dekat mahupun jauh. Tatkala menulis entry ini, hati rasa sebak, sayu.. Allah.. Terima kasih kurniakan sahabat yang sentiasa menyedarkan aku tatkala iman kadang kadang goyah untuk terus berada di atas jalanMu..Alhamdulillah syukur aku panjatkan kerana masih berada dalam nikmat iman dan islamMu. 

Insyaallah.. pagi ni bangun subuh, lepas tu gi basuh baju.. masa tengah basuh baju, rasa lain macam sangat,tersedar seketika kenapa hati sekarang keras sangat ni. mana air mata yang selalu mengalir tatkala mendengar kalam alunan zikrullah dialunkan?Allah!! rindukan air mata tu, rindukan muhasabah tu.. pastu, selesai basuh baju, tatap labtop. dpt mesej dari sorang shbt, Allah tu Maha Penyayang kan.. shbt tu bagi link qasidah yang memuji junjungan besar kita, then, bukak fb, pegi kat ukhwah kultim. pastu ada nampak sorang sahabat post link zikir munajat.. 

Allah, aku sayang sahabat aku.. Kekalkan lah ukhwah antara kami Allah.. aku dengar lagu tu, subhanallah,Alhamdulillah Allah hadirkan semula hati aku yang kian lama merindukan saat itu. Aku rindukan usrah bersama sahabat2 aku.. Allah, dekatkan lah hati hati kami dengan hidayahMu. Amin,, Aku rindu mereka Ya Allah. Rindu~

Melihat pada komen sahabat,
"berkata seorg guru.... jika kita masih mampu menitiskan air mata, itu tandanya hati kita masih hidup... ayuh!! hidupkan hati kita dengan bermuhasabah...." 

Terima kasih sahabat!!

Sayang sahabat2 kerana ALLah..


Saturday, December 24, 2011

: complete!!:

When u say : i can't solve this,  Allah  tells : i will direct your path
When u say : it's impossible,  Allah  tells : everything is possible
When u say : i feel all alone,  Allah  tells : never will i leave you, never will i forsake you
When u say : i can't do it,  Allah  tells : i can do everything through him who gives me strength
When u say : i am afraid,  Allah  tells : do not fear, i'm with you, i'll strengthen you and help you
When u say : no one really love me, Allah tells : i love you
When u say : i dont know how to go on,  Allah  tells : i will show you the path..
AllahuAllah, baiknya Allah kan. bila kita sedih kan.. kalam Allah jelaskan "La tahzan innallah hama'ana " 
kita sedih Allah pujuk kita.. nak apa lagi ni?? muhasabah jum ^^

:message:

Perkongsian dari shbt

" Kalau tiada orang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu,teruskan juga menyampaikannya kerana seluruh alam gembira bila mendengar dan akan menyahut kalam kalam yang mengagungkan Tuhan" Badiuzzaman Said Nursi~

:jawapannya PASTI:

Assalamualaikum.. apa khabar semua? hari ni kmk boring sgt2.. dok kat blik 2 hari tanpa keluar gi mna2.. huhu.. menghabiskan masa dengan tido sampai lenguh badan.. hm...~ insyaallah ptg td mengisi masa lapang dengan dengar ceramah ustaz azhar idrus.. macam2 la ceramahnya.. layan ja..hehe.. pastu, mlm pulak bkk youtube cari mknan hati.. nak gi surau xda org.. majoriti dah balik.. kmk? ntah la.. mlas nk blik sebab jauh.. abah suh balik, tapi mak ckp xyah la. mungkin mak tahu lagi baik kmk stay kt cn kan. abah pulak dok kalut2 suh kol kmk,tnya xnk blik ka? mak kol, "nak blik ka? xyah la..hahhah.. mak..mak.. xdan nak bg jwpn lg. syg mak!!hahaha..ha, time tgah update ni dok msej dgn sorg shbt, azie..
azie ada kt kampung kmk skrg. bukan kampung kmk tapi daerah kmpung kmk..~ its BALING ok.hahah.. azie ckp kt kampung tu seronok, orangnya yg ramah tamah n baik mcm kmk..ahhahah..sori ya agk perasan.hahha.tetiba rasa rindu nak blik pulak kan.. hm.. sarawak?? Allah, rindu jugak lah. sgt rindu. kat blik sesorg ja. teringat masa study week masa dip. xpenah sunyi mcm ni. ada ja penemannya. dari sem 1 sampai sem last. tapi degree, Allah, sabar ya insan.hehe. kan Allah bersama kita.kan2.. smlm ingt nk suruh kakak ambik, knon nk stay umah dia, tapi dia sibuk dengan final report la mcm2.. sedih, pastu, abg kol, ingt dia nk dtg ambik ke ape, tapi tnya khbr je.best!!! abg more sporty morty la skrg.haha.. dia dh nk bertunang oi.. lawak lah.. kisahnya gini, bla bla bal.. gitulah kisahnya.hahaha. kmk tnya abg kmk nk bertunang bpa lama? insyaallah dia akan bertunang on 4 feb, pastu jwpn dia nak tunang 3 jam ja.hahahah. tergelak kmk golek2 kat kerusi.. dush2!! lawak la abg ku itu. insyaallah kakak tu masih on studies..haha.. dh la.. itu ja k.. 

: sakit :

salam.. hehe.. headache.. adakah xckup tido or terlebih tido??.. i don't know.. pemakanan?? maybe.. lapar x? lapar2.. ok lah, xda mood nk update lg. mood kt kolej? tido memanjang n mkn maggi. haha..

Tuesday, December 20, 2011

:try hard:

"Salam sekalian alam. Semakin berat dirasakan ujian ini Ya Allah, Engkau Maha Tahu yang terbaik. Aku tahu aku mampu jika bersamaMu. " Aku sudah bertunang dengan "mu", lamarlah aku dengan segera andai episod itu akan membuatkan aku tenang bersama "mu". Allah, aku serba kekurangan, penuh kehinaan, Engkau bimbinglah aku untuk aku bertemu dengan lamaran itu andai amalanku mencukupi untuk menggapai JannahMu. Tetapkan lah hatiku. Aku mampu jika bersamaMu.

Monday, December 12, 2011

::out..::

salam.. alhamdulillah masih berada dlm nikmatNya.. Allah, Janganlah dibolak balikkan hati2 kami. Amin. IndahNya ciptaan Dia, hatiku terpaut, subhanallah, cantik itu menjadi pilihanmu wahai diri? sesungguhnya dia juga insan yang terbaik, aku hanyut lagi, jgn diri, pesan pada diri...pesan pada iman, usah hanyut.  

Wednesday, December 7, 2011

::.......::

Jauhnya rasa.. Allahuallah..

Friday, December 2, 2011

::i'm ok::

Assalamualaikum...hai shbt2.. ini status dri kmk tau..hahah.. sy ok shbt2, terutama nya as dan su ;)) sy masih ok sekarang, cumanya kebusy an sedikit dgn aktiviti kolej,ctu..;)) wlaubagaimnapun, sy mrindui kalian juga.. insyaallah doakan akk/sy terus kuat dan tabah ye.  Buat as dan adik2 lain, selamat bermujahadah...KKI datang lg. KKI permulaan ukhwah akk dan as.. ;)) 15 januari 2011.. ok, nak study utk test law next week.. esok akk/kmk ada jadi urusetia utk "seminar keluarga sakinah" insyaallah seerti biasa AJK mknn tugas diberi..ok, take care ol of u..

Wednesday, November 30, 2011

::bangun tersedar::

Bismillah, terjaga dr tidur.. Allah, dengar rintihan ini Ya Allah.. butir2 mutiara gugur menyembah bumi..sabar wahai hati.. Ada yg terbaik untukmu kelak..

Tuesday, November 29, 2011

::kafarah::

Sesungguhnya sakit itu kafarah dosa. Dia melihat kita.. Insyaallah..

Friday, November 25, 2011

::gapailah hatiku::

Assalamu'alaikum..

Dengarkanlah. Dengarkanlah suara hatiku ini.
Bukanlah niat hati untuk mencari perang atau meminta simpati. Cuma hati ini terlalu bimbang melihat keadaanmu dewasa ini. Saban hari bertambah parah.

AllahhuRabbi..
Sapa lah hati hambamu ini,
Aku rindukan HidayahMu,
Aku pohon agar hati ini sentiasa tunduk dan patuh pada syariatMu,
Aku mohon sejuta harapan untuk Engkau tetapkan hati ku atas landasan imanMu,
Aku hambamu yang lemah,
Tika nafsu itu datang,
Aku xmampu untuk mengelak,
Ku biarkan ia kadang menguasaiku,
Tapi, Allah itu Maha Adil, lagi Maha Penyayang,
Engkau datangkan sesalan dalam hatiku,
Pinta aku selemah lemah insan,
Kekalkanlah hatiku hanya untuk berpaksi atas cintaMu,
Aku xmampu Ya Allah tika ujian itu datang,
Aku berpesan pada yang lain,
Aku sedar pesanan itu, andai tidak kena pada batasnya bakal memakan diri,
Aku takut untuk berpesan pesan tapi,
Itu amanah Engkau buat khalifah makhluk alam ini,
Aku cuba sedayaku,
Aku cuba,
Aku gerunkan azabmu " Maka celakalah barangsiapa yang tidak mengerjakan apa yang mereka katakan"
AllahuAllah, mampukah aku Ya Allah,
Kupohon Iman Islam mu sentiasa mengalir dalam setiap kali hembusan nafasku Allah,
Engkau maha mengetahui yang terbaik untukku,
Aku sandarkan Pengharapan padaMu.. Allah..
Moga aku akan terus berada atas titian itu hingga yang selayaknya memanggil dan berhak untuk aku.. Amin..

Wednesday, November 23, 2011

:: Kasih itu mengeratkan ;):

Assalamu'alaikum.. biar xde kereta besar, biar xde bnyak harta, biar kurang emas dan dinar, biar kurang harta dunia, tapi berbahagialah bagi yang ada kasih+cinta+sayang dlm perhubungan cinta usrah( keluarga).
Hari ni bnyk yg sy dapat, ada sembang2 dengan kawan kawan sy, most of her story tentang ketidakpuasan hati tentang keluarga. Bukan dsini saya nak aibkan sesiapa pun. Xde langsung lah. tapi based on her story, boleh disimpulkan kasih sayang itu penting, wajiblah dalam sebuah keluarga pentingnya kasih sayang. Itu sebaik2, seindah2 hubungan keluarga. Damai, tenang.. Aku sayang keluarga aku, aku bahagia bersama mereka, Kami sederhana, kami miskin harta..pesan mak dan abah.. Abah xada satu pun harta, tapi apa yang abah ada sekarang abah puas sebab abah xmeminta pada yang xberhak, tapi abah minta pada yang selayakNya. Mak pesan, mak xtinggalkan emas, tapi mak tinggalkan kasih sayang mak supaya nnt bila mak dah xada, damaikan ukhwah antara anak anak mak.. Jangan berantakan dek kerana harta, jangan punahkan harapan mak.. Mampu kah kami mak? Aku?? Mampu kah?

::mahukan itu::

Asslamu'alaikum.alhamdulillah masih ada nikmat iman dan islam.. syukur, syukur, syukur.. adakah esok masih ada untuk kita nikmat itu?.. segunung pengharapan hanya padaMu Allah.

 ::Farhan / Farhah::

  Seindah ciptaan ayat itu.. Gembira, Sa'adah.. itulah gambaran kalimah itu.. Farhan, Farhah.. Cantik!!.. 

UKHUWAH.RELATIONSHIP = SWEET.SA'ADAH

::Orang suka mengangkat ukhuwah itu di suatu tempat yang tinggi. Di dalam kalam,di dalam tulisan, hatta di dalam cerita. Seakan akan ukhuwah itu adalah satu makhluk yang datangnya dari JannahNya. Benar, ukhuwah sangat indah. Aduhai, siapakah yang membina ukhuwah sedalam dalamnya? Ukhuwah yang indah adalah ukhuwah yang dalam, tetapi tidak ramai yang senang menerokanya.~ hilal asyraf::
Nak buku tu ;) Batu Bata Kehidupan:: Dapatkan jom..

Monday, November 21, 2011

::happy for u ;) ::

Alhamdulillah, bahagia terasa buat drimu shbt.. Janji Allah itu pasti buat hamba2nya yg bersabar.. ;) Innallahama'assobirin..tears fall down * happy*..Subhanallah..Dia dan shbt2 kembali utk berjihad esok!! Ma'attaufiq wannajah fil jihadufisabililllah ya sodiqati..
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar!!!
Syg kmu fillah shbt..;) take care..

Friday, November 18, 2011

::sanah helwah::

Selamat ulangtahun hari lahir buat kmu dan shbt sy.. Asniar wa Atiqah!! Memang lmbt je update kt cn. huhuhu.
Doa buat kalian berdua..;)

::big hug,big apple::

Assalamualaikum.. syukur,syukur,syukur,alhamdulillah.. Setinggi2 syukur aku panjatkan padamu Ya Allah..Alhamdulillah.. Sangat segar mata ketika taip entry ni.. Gembira,happy,sa'adah..;) Alhamdulillah.. Jam pukul 2.25a.m.. Handphone asyik vibrate je..heee.. Allah itu Maha pemurah kan. Bersyukur sgt2.. Semoga menerimanya dengan selayak dan redhanya.;)
ape motif tu bunga tu?? hehe.. motifnya ciptaan Allah, takdir Allah sgt cantik kan. Ibarat seperti bunga kat atas tu, warnanya,baunya..Subhanallah, semoga hidup kita seperti ciptaan diatas kan.. Indah.. ha, tajuk kat atas tu mesti semua pelik kan.. ape ni asyik makan ja ingt.. heheh.. xde, tibe2 tringin sgt nk mkn Big Apple ( Apple besar) haha.. xde lah , donut sedapnye.. pastu, kenangan diimbau kembali, ingt lgi time tu kat blik, tengah santai2 kan. ada dapat msej dr adik comel ni..
msej nye " Salam akk, ada kt blik x skrg?? " Aduh, kenape ni,, takut la. akk ada wat salah ape2 ke??kenape dia tnya ni?? nk dtg melawat, xsakit ape, knp nih?? reply je lah k.. wasalam, ade kt blik dik, knp? tgu2 xreply pun, bunyi ketukan pintu, Dia ke?? bukak pintu, eh, dia rupanya, rindu jugak td sbnrnya, masuk2.. kt tgn dia ada smthing.. ape tu?? bungkusan..hehe.. Lapar!!
big apple!!..hahah.. Dia bwk big apple. sedap. nah ini untuk akk.. muka exited tgok mknn.haha.. Terima kasih dik.. ;) akk makan la, ok dik. bnyknye.. ade 6. Akk ajak l a k.su dgn k.azi mkn. ok2.. pegi blik su n azi, ajak diorg mkn. tapi su ke azi tau yg dtg, salah sorg la. xingt sgt.ehehhe..pastu mkn2.. kenyang.. terima kasih adik..kenyang.. nak relatekan kenangan tu dengan keadaan skrg ialah, saat ini rsa nk mkn big apple. itu je, tapi kan best kalau adik tu hntr lg..dh ckp kt dia, tpi dia ckp, ee,mcm la boleh hntr, xlogik lgsung.haha. Dia sntiasa comel begitu. Xpe, nnt gi sne kmu tlg belikan utk org k..
Saat ni jugak tengah dgr lagu.. Guna dia pnya headphone pink..nnt org bg k.. ni kmk ada dpt bnda baru. tapi yg lme tetap guna. hehe.. gilir2 pakai, tapi sejak akhir ni kerap pakai yg bru. Rindu~
Thanks utk hadiah tu.. cntik sgt.. berharga sgt.. hm.. ok lah panjangnye hai , kisahnye ttg big apple ja, tapi panjang meleret kan. skrg ni lagu "Kau hadir" pulak dimainkan kt telinga..Dikau bawa secebis bahagia.... antara liriknya..;) terima kasih kmu, terima kasih shbt.. Rindu lah..
ok2.. lastly, smile always k.. senyum kmu bermakna utk semua isi alam..
dan akhir2 sekali jugak
uhibbuki fillah.. selamat mlm: Tusbih 'alal khoir!!. Semoga sentiasa dlm jagaanNya semua..






Thursday, November 17, 2011

::unknown::

Andai itu yang terbaik untukmu, aku terima.
Andai itu yang terbaik buatku, aku redha.
Missing......

Tuesday, November 15, 2011

:: konvo ::

Assalamu'alaikum.. shbt2.. sihat?? semoga berada dalam keadaan sihat sentiasa k.. amin!! nmpak x tajuk kat atas?? konvo.. dh lme dh knvo..hehehe.. tapi baru nak update..;( sedih la, rindu~...
xpe2.. nnt Allah akn bagi kesempatan tu utk pegi bumi itu..ni ade ckit tatapan shbt.. sy sudah selamat knvo ;) mak ayah angkat sy ialah shbt2 sy..
itu as!! yang jd pengganti mak kmk..dia pakai jubah uQu.hehe.. ni pengganti ayah kmk..uliy!!
uliy..;) terima kasih shbt.. terima kasih.. sebab sudi tggu kedatangan kami dan meraikan hari kami..
ha, itu gmbr kmk ngn su.. ngn shbt2 lain pun ade jugak..
itulah mereka shbt sy yang dtg knvo. bnyk lg gmbr.. tapi yg tu pun dh ckup k..;) ok lah.. itu je kot.. cumanya nk gtau, saat ini sy merindui kalian shbt2..:") sy begitu k..
comel kan pic atas?? sy rindu, sy tgok gmbr, sy ingt doa rabitah, sy ingt kalian shbt sy..take care.. Semoga  diberi nikmat sihat yang terbaik.Amin!!




Saturday, November 12, 2011

:: unknown ::

Alhamdulillah semoga dia sihat seperti dulu.. Rindukan senyumannya ;(

::Alhamdulillah::

Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan islam.. semoga Allah sentiasa berada disamping kita. amin. lama dh kan xupdate.. pasal knvo pun xde sentuh lgsung.. Bila nk update ni?? hm... 


Xde mood sgt nk update.. cumanya sebelum raya hari tu mak kmk masuk hospital.. itupun dh 3 hari kt hospital bru diorg bgtahu, Allah yang tahu bagaimna saat tu.. High Blood Pressure.. kmk rase lemah sgt time tu.. sebelum tu pun dh rasa lemah sebb ada insan lain juga ditarik sedikit nikmat sihatnya.. Allah!!.. Rasa kerdil saat tu mohon dipanjangkan umur insan insan itu.. Kmk syg mereka dan dia :'(.. tolong kuat k. berbalik kepada cerita mak kmk, hari rabu klau xslh adik kmk msej..time tu kat kelas measurement.. tengh gelak2 sakan dgr lectrr wat lawak kan.. pastu kol 2 ptg tu ada test law. 
" salam, kak, ni nk gtau ni, tapi sblum tu sbr dlu k.. mak kat hospital lani. dh 2 hari dh.. High blood pressure 260/140.  Nak gtau bru ni tp mak xbg, then mak gtau kak ada msej mak jgk kn tapi mak cma gtau mak dmam. sbnrnya time tu mak dh kt hospital. mak xmau bg hmpa suma risau... "
 Allahuallah.. saat tu rasa lemah sgt diri ni.. Kmk rasa nk berlari jumpa mak skrg, mak mintak maaf dlu sebelum tu.. halalkan segala pengornbanan mak selama ni.. Sempat ke lg aku nk berbakti pada mak ni?? Abah... Saat tu gugurlah mutiara itu.. xtahan dh..terus kol mak, tapi xberjawab pun. kol abah pun xberjawab.. Tolongla angkat phone ni..:'( pastu kol abg dia ckp xpa, jumaat bru kita blik k.. sebab abg keja, kakak prktikal. lgpun kmk ada kelas khamisnya. nk blik sndri tket dh hbis dh. rasa ja nk ckp kt abg mna lg pnting, tapi abg ckp keadaan mak stabil lg.. insyaallah doakan k..hm.. ok, sy cuma adik..
dipendekkan cerita, hari jumaat sampai kol 11.30 kt hospital Baling,masa tu abah pun kt hospital, nasib nurse kt situ kenal abah, dia bg masuk la.. Alhamdulillah dpt jumpa mak, peluk cium mak.

 Anakmu merindui pelukan mu mak.. Mampu ke aku nk jga mak nnt? Jaga pakai makan mak nnt?? Mandikan mak, basuh kotor kotor kt bdn mak. Mampu ke? Ya Allah tetapkan lah hatiku,, Jadikanlah aku anak yang dapat menjaga kebajikan mereka. Jauhkanlah aku dari menjadi anak derhaka Ya Allah.. janganlah Engkau bolak balikkan hati hati kami. Amin.. 

Friday, November 4, 2011

:: rindu::

assalamu'alaikum.. Ya Allah.. aku rindukan dia.. tempatkan lah dia ditempat yg selayaknya andai itu yang terbaik untuknya..  Hadirkanlah dia untukku Ya Allah..Amin..
Jagalah dia Ya Allah... i miss u so much, luv u more..:'( need you dear!!

Saturday, October 29, 2011

::usaha::

Bismillah.. semoga Allah permudahkan..Amin..

Pengenalan :]

Salam perkenalan buat suma.. .
t'utama wat sahabat2 ku yg 'gian' sangat nak tengok blog ana.. .
so apa macam??
comelll x??
urm,,,buat sahabat2 yg dh ade blog, sudi2 laa bgi tunjuk ajar yeee.. .

Kau Hadir

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba

Lagu : Yasin Sulaiman (Hush Entertainment)
Lirik : Yasin Sulaiman (Hush Entertainment)

Friday, October 28, 2011

:: DOA::

Asslamua'laikum.. Ya Allah, aku hambamu yang lemah, aku hanya mampu berdoa kepadaMu,semoga selamat sentiasa di bawah jagaaNya..Amin.. Take care.. syg kerana Allah!! Jagalah dia Ya Allah tika aku xmampu utk berbakti padanya.

Thursday, October 27, 2011

:: perpisahan buat kali ke 2 ::

Assalamu'alaikum.. ha... lama dh xupdate kan.. ni bru blik dr konvokesyen kt UiTM Sarawak.. Subhanallah seronok disana.. i'm really miss all of u guys.. nk cte lah ape je jdi kt sne.. hari pertama smpai kt gading, jmpe uqu, uliy, mas n adik shbt yg sy syg, asniar.. budak kecik yg ngegeh dan selalu menganok sy.. xape, itu lah personaliti dia kan.. comel!!.. next day, kuar pegi mkn aiskrim.. pastu su bwk ktorg gi jln2 kt india street.. then, kmk ni exited nak naik perahu, diorg bwk kmk naik perahu. best!! ha, naik perahu pegi dgn uliy, mas, syimah, zila , as, n su.. g nek sampan la. bukan perahu. eh eh.. xtau lah.. m.. best kt sne. waterfront..ade gmr ni ha..
 su xde sbb dia ambik gmbr..hee.. pastu ktorg jln2 lg pegi naik menara ape tah..
 ha tudia. tggi kan.. pastu ni aksi ngegeh kmk..hehe
adohai, mmg exited brgmbr kan.. pastu2.. kan kmk ada gtau, nnt kmk akn gi jgk srwk.. ade gmbr kmk dgn  asniar..;)
ha... bnyk nye hai.. then2.. ni gmbr dgn su..hahha.. lmbt ckit..
pastu gmbr knvo nnt k.. ada kt shbt2 lg..hehehe.. ok lah ow.. nk kna buat assngmnt lak ni.. masa kt srwk, lebih prefer hbiskan msa dgn diorg..;) hehehe.. btw.. thanks semua shbt2 atas layanan yg ckup bermakna.. sgt terharu.. nnt kmk cte lak hadiah ape kmk dpt.. weeehaaaa..hahaha.. salam syg dr jauh.. rindu sgt2 kt shbt2.. wasalam.. take care..




Friday, October 21, 2011

0ff to kuching, SARAWAK!!!

Assalamualaikum shbt semua.. sy ini akn terbang ke saawak hari nie.. sy juga akn berjumpe dengan semua teman2 sy, shbt seperjuangan sy.. sy berasa amat seronok sekali.. ;) Harapan sy, smoga selamat smpai ke destinasi yg dituju.Amin... syg semua ya.. heee...

Fly to kuching... weiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... gedebabom smpai uitm sarawak..hehehe..:)


ok, sy nk berkemas2.. hee... wasalam.. jumpa di sana k..

Saturday, October 15, 2011

:: tolonglah aku..::

Assalamualaikum.. Yaallah tabahkan hatiku.. jgn Engkau bolak balikkan hati2 kami.. ana xmmpu utk tepis semua tu.. plisss.. jgn buat ana mcm tu boleh??..

Saturday, October 1, 2011

syg kmu!!




Take care ya asniar salim..hehe..:P xsbr nk jumpa nnt..;)


::bila dh tau,aplikasikan::

Assalamualaikum.. hehehhe.. nak tgok hasil tgn adik kmk.. " nuruL  izzah  " ni dia ha...
comel x??hahha.. nak tgok gmbr dia skrg??jap ha..
ni izzah..hehhe.. adik izzah..;) sme xmuka ngn kmk?? kmk kurus..haha... take care!!!


Friday, September 30, 2011

::21 oktober 2011::

Assalamualaikum~ Jum fly jumpa org2 tersyg..:p.. can't wait!! Jubah xde saiz..hahaha..

::exited mahu cerita..

Assalamualaikum.. 1st of All rasa bahagia kerana dapat bertemu bersama shbt2 yang sentiasa membuat jiwaku berkocakan.hahha.. ayat nk gempak je kan.. Alhamdulillah jugak diberi nikmat iman dan islam..insyaallah.. pertama2nya nak gtau sikit lah, diuji dengan sakit perut tahap ape lah, begini kisahnye..hihi.. hari rabu smlm kmk puasa, then kat fakulti ada buat jamuan makan2 aidilfitri,so kelas habis awal la kan, then ingat nk blik terus tapi kwn2 ajak gi ambik mknn buat sungkei, hm.. pegi jela kan, mknn free.. Bak kata uQu, mknn begitu sinonim dengan kamek kan.haha.. uQu GomoK!!hahaha.. pastu kan, after mkn je nasik tu masa sungkei, keesokan paginya, mulalah start nk gi toilet, pagi before klas, masa tgah klas ulang alik gi toilet, rase bergegar lutut, letih dowh!!hahha.. blik bilik pun sme. Total kmk dating dengan toilet 6-7 kali kot.. adoyai, tu lah sedar diri sikit, mkn tu kena jaga jugak mokcik.. hehe..

okeh, nak cito sikit pasal panggilan sehangit bau uQu..haha.. kmk kan, masa uqu msej tnya "ade klas ke naeim?" trus rase cm smthing else.. ntah, tapi wat coOl la kan. pastu uqu bagi msej "naeim kmu xyah gi konvo la k".. :( apo lagi ha, den koL la terus. dh la ckp xyah gi konvo. haish, den dh byr utk tket RM 3Oo+RM115 duit JUBAH konvo.. pastu fikir knp uQu ni.. xde syak pape lg time tu. pastu start la uQu ckp mas ada gi gtau yg nma kmk xde dlm sistem utk konvo.hahahahha.. Pastu xpe la, hati den ni rase mcm pelik la sebab den dah nengok ha dlm student portal namo den ado, tapi bakpo uQu ckp ade prob. pastu siap suh batalkan je tket gi srwk, den pikir klu xdpt knvo xapo lah, nk gi jumpa jugak shbt2 kat sena. tapi still xpuas hati, tiQa lak ambik alih ckp.. "naeim, btol ae yg uQu ckp, naeim sbr tau. mcm uQu ckp td nama naeim xde.." ish, pelik den ha.. satu lagi bila part tiQa yang bercakap rasa mcm bnda tu serius sgt. pastu den tnya la knp ni.. mata den ni ha mengalir dh. masa tu tgah nk lintas jln nak balik kolej.. pastu tnya punya tnya uQu gtau jubah kmk xde utk konvo.. aik?? xlogik la.. nak tau tak jwpn uQu ckp ape?? Jubah knvo saiz kmk TAK ADE!!ahahahaha.. uQu, terduduk aku ha kat pagar kolej. ape la korg ni..ahhaah.. the best la..
panggilannn hanget!!.. adohai, mmg kmk mnjerit kt pagar tu.. klau uQu ada time tu kmk rase nk pnyet2 dia..haahahha.. pastu ada la dpt mesej dari asniar comel

" assalamualaikum, kak naeim, ktorg smua mntk maaf kalau 
pggilan hangit td buat kak naeim kecik ati..dr tqa,uly,uqu,as n as.."

sahabat2, kmk dh kurus..hahahah..;).. insyaallah xsabar sgt2 nk jumpa kamu semua.. uQu, tiQa, uLiy, maS, and adik asniar!! tggu kmk k.. 21 oct 2011.. can wait for that day..~ last but not least.. syg kamu2 semua..insyaallah.. xlupa juga shbt2 lain.;)..

Tuesday, September 27, 2011

shbt surau

Assalamualaikum... alhamdulillah selesai meeting sahabat surau untuk kolej kmk. Lain la kt sni, boleh x klau kmk ckp srwk lg best??xpe kan..huhu.. ye, ade shbt2 kt sni, kmk sorg je dr srwk. Memang agak padat la aktiviti dia. sampai surau xde org sbb diorg aktiviti brbentuk kerohanian sllunya dorg buat kt Dewan Besar, so ramai la leh join. Pastu, paling2  xbest, surau dia sebesar 3 buah blik blok 1 kolej seri gading. so smaller u know.. dgn panas lagi, cemna la org nk gi suro, suro dia agk la terpencil ckit, geram je nk gtau kt designer blog ni. org letak la suro bagi nmpk kan, jelas, org pun seronok nak gi..hm..
Alhamdulillah jugak, kmk dh start batuk2 yg slalu jdi mase last sem, smpai kan r.mate tgur knp batuk je, xgi ambik ubt ke?? xpenah ada ubt pun sblm ni. huhu.. rindu la, bila batuk dlu mesti ade org gosok2 belakang kte..really miss that moment..:')..
terutamanya yg slalu buat uliy ngan as . mane ni korg xdtg cni jguk kite pun..huhuh.. cmne nk gtau ek?? kmk smpai ke hari ni xdpt nk trima org baru lgi. means shbt2 baru. xtaulah, jujur, asyik dok teringat shbt yg kmk knal kt srwk je. Ade hari tu kmk ada bengkel persediaan pengajian, ada LDK kan, pastu masa taaruf ada budak ni nma asniza, ok lg, pastu la kakak fasi tnya nma pndek dia ckp pggil je as.. trkjut kmk, tapi sedar bukan asniar salim, org lain la.. Pastu masa gi surau ada AJK surau dia pnya ketegasan dia sama mcm Hafizah July.. dr segi gayanya, tapi nama dia Aisyah Ithnin.. ape lgi ek?? yg sama mcm uliy belom, yang suka warna cokelat!!hahaha. 

alhamdulillah, untuk setakat hari ini, sy sayang sahabat2 sy.. (T_*)  dan kalu pembaca entry2 kmk, sumanya berkisar ttg shbt2, my life kan.. insyaallah ada jugak buat blog yg berunsur keilmuan tpi blum dpt di publish lg..:) insyaallah klau dh siap suma t kmk gtau shbt2 k.. Insyaallah juga blog ini sy tujukan khas buat shbt2 yg nak tahu perkembangan semasa kmk.. khas buat kalian.. Sayang kamu shbt, sayang semua ;) Take care ya.. Semoga shbt2 sentiasa berada dlm baraqahNya. Amin Ya Rabb!!!


Saturday, September 24, 2011

21 oktober 2011

Assalamualaikum.. ada apa dgn tarikh tu??nak tau maksud tarikh tu??

                                                 
ha, aeroplane..hehehe.. comel kan kapal tu.. yeah!!tarikh tu kmk akn fly to moon..hahaha.. kmk akn pegi over the sea.. dimana??tmpt gedung ilmu, tmpt dimana ak mngenali ukhwah, tmpt dimana ak kenal erti kasih syg, tmpt dimana ak sedar ak perlu kuat, tmpt dimana ak sering brprogram, semua nya indah disana.. 1 je word utk gmbrkan semua tu.. Alhamdulillah Ya Allah.. Engkau anugerahkan segala2nya kepadaku.. ya Allah, rindunya mereka!! uQu!! rindu hg weh, tetiba kmk tringat masa mula2 kita kenal.. Tragis ak yg lemah itu..hahaha. Btw, rindu sgt2 kt mak abah, (T____T) knp diorg xdtg2 lg Shah Alam?? huhuuhuh..

Then, buat shbtku, haziQah suLaiman, semoga hg kuat dan tabah k. and buat shbt2 yg masih dlm perjuanagn di medan imtihan, buat yang terbaik k.. Semoga Allah menganugerahkan kita semua kejayaan..Amin,Amin..Then, insan yg selalu diingati,kamu comel!! Take care adik asniar!!:p dan buat shbt2 kmk yg selalu ja tgok blog kmk esp, uLiy..yeah!!..sue,mas,azi,dan lelain.. Take care semua. Jga dri jga iman.. Nak kalian tahu, kmk syg anda semua..;).

 Take care semua.. Sayang kamu!!


kenapa??

Bismillah.. kenapa nie rase sesebak begini? huhu.. Kuatkan hambamu Ya Rabb!!amin..i miss them!!

Friday, September 23, 2011

shah alam!!! :)

Bismillah dan assalamualaikum... 
Aih,shbt itu setia jugak tggu kmk update kn..hahaha.. kmk rasa based on dia nya tulisan kmk dpt detect kot tu uliy...hahaha.. tol x?? tpi bile dtg word "kurus" mcm org lain la pulak..hahah.. quququ punya cnta..hahah.. :p
ha, nk update sal ape je?? aigOoo... yeah, dh dpt idea nih.. ha, klau kt shah samarahan dlu, i'm always pegi klas, pegi aktiviti, pegi mkn with shbt2 sy, klasmate2 sy, tapi2... kt cn kan kmk lebih prefer sesorg.. knpe ek?? huhuh.. sebab rase selesa mcm tu. even gi klas pun kdg2 mls nk tggu kwn2..hahha.. jahat kan.. bukan ape, klu gi klas lmbt xde tmpt dlm klas. mesti kna dduk kt ceruk belakanggggg sekali.. xsuke dok belakang. nnt ngantok, xdpt fokus, xdengar, mcm2 la.. hehe.. jdi budak baik la pulak kan.. kononnya la..:p..

then, kt sni bru 2 kli kmk smpt gi surau.. nak tau knp?? sebabnya bila time nk buat CG je msti ade xtiviti kolej.. pastu, xdpt buat la.. nk tau CG tu ape?? "cekgu gomok" hahaha.. xde lah.. klau kt smrhn kite ckp halaqah kn. tapi kt shah alam CITU tetapkan "Circle Group" nk speaking lah pulak ye.. tapi2, halaqah lg best kan. mcm arab2 ckit..:)  Pastu hari mggu xde istilah cuti. sebabnye msti ada aktiviti fakulti lah, taklimat tu lah, meeting lah.. haish...nk blik umah abg pun xboleh lgi..tapi nk wat cemana kena la ikut kan. Pastu ckp ttg mknan lak, Yaallah bapak mahal dowh!!haha.. kt Dewan Makan jgn harap nk mknn yg hrganya RM3 below.. semua RM3 ke atas. klau bab duit ni mmg kna jimat.. adoi.. then slalunya kmk akn mkn biskut pagi, pastu mkn tgahari. mlm mkn biskut. tapi buat masa sekarang bnyk jamuan raya dr kalangan pelbagai kelab dan persatuan, so makan free!!!hahaha.. alhamdulillah rezeki Dia bagi kan..hmm... dh la tu k.. Semua shbt2 kmk, kmk syg kalian!! rindu n xsabar nk jumpa nnt..;) waiting for u ya..mmmuahhhxxx..:p..eh jap!! ahhaha.. buat mastuyah kecik2 comel.. maaf ya xgtau address..:p mas xtnya knpe??:p Nota Cinta ye..hahhaha.. ok, wasalam..

Friday, September 16, 2011

kenduri raya

bismillah, assalamualaikum..;)
Td gi mkn2 kt umah shbt, suryana,,pegi bersame makcik haziqah wa nazurah.. sudah start busy dgn aktiviti fact. xsbr nk gi konvo2!!yeah, tapi2...mak abah xdpt gi..;(.. bleh x klu ckp kt mak,"mak abah,jom la gi knvo.. nnt sape yg nk tgok sy ambik sijil??hmmmm.

Tuesday, September 13, 2011

thanks kamu ngegeh!!

Bismillah. 
Assalamualaikum.. 
alhamdulillah!!.   ;')
thanks kmu yg bru nk bce..
syg kmu fillah,syg shbt2 juga fillah.
ok, take care.. <3<3

Monday, September 12, 2011

cemane kisah di uitm??

Bismillah dan assalamualaikum..
slm syg buat shbt2 semua... nak kmk statekan nama??ok, pertama2nya shbt kmk uQu, haZiQ, Sue,Azie, TiQa,uLiy,Mas,Mira(lme xdgr cte die),Sai,Shyz???(rindu jgk die), adik2?? tetttt!!!.. aS,hafizah,khamisah,ayu,nora...ramainye adik2..dan juge2 shbt2 dan adik2 yg lain..ha before that rase bersyukur sgt2 atas pertlngn hmba allah yg merangkap shbt dan kakak senior kmk..hehe.

1st day dtg uitm ngn abg...jumpe k.wawa bwk troli ngn k.dyh..hahah. pastu jumpe su, k.ifa,k.nur, haziq,nad!!!huhuhu..ramai2.. terima kasih shbt tlg sy , tunjuk jalan, guide sy..syukran jazilan..nnt, ble adik2 pulak dtg, kmk n shbt2 kmk lak tlg k..heheh.. uQu, tiQa,uLiy,Mas..cepat la dtg s.alam..;).. itu je..
then nk tmbh ckit, mmndangkan kmk bru masuk sem kan, tapi shbt2 srwk bru nk ambik exm kn. Ma'attaufiqwannajah ye..buat Asniar, Atiqah, Yuliriani, Shahiza, Mastuyah,Ain dan semua shbt2.. moga Allah permudahkan urusan kalian,dan dpt jwb dgn tenang..Amin ya Rabb!!!
su,tq utk sume jasa bek hg shbt!!!..

Sayang kalian ;')
take care semua k.. pape  msej la k..

Sunday, September 11, 2011

Hari raya+engangement!!

Bismillah..

Assalamualaikum, alhamdulillah sekarang dh ade kt UiTM Shah Alam.. wah2.. sume baru2.. masih teringat yg dlu??kenangan itu sgt indah kan.. Ye, masih ingt pa yg lme.. dh lekat dekat hati..chewah..jiwang kan.. hm.. hari raya mcm biase, pagi gi solat raya. blik sesi salam menyalam,pastu masuk dapur!!haha.. sediakan kuih muih utk tetamu2.. ayat nk skema je..wekkkk!!!. hah, raya dh hbis dh,lme dh pun.. sedihnye Ramadhan dh pegi..hm... ha, raya ke 3 hari tu, slh sorg kwn kmk kt kg dh tunang.hihih.. ni ade gmbr dia dgn kmk..:p



ha, tudia, tapi tu bukan baju raya k..hihih. itu baju dr duit gaji..:p.. baju raya warna biru turqoise kot..(ejaan slh bior le)hehee..haish, 1st day kt s.alam dh demam..:'( ya Allah kuatkan lah hati hambamu, agar sentiasa berada di atas landasan paksimu. Amin.. rindu pd shbt2 kmk..itu je lah ow..
Take care semua..;) miss u all.. 


lemahnya hambamu

Bismillah...
Sebak rasa, lemah tu kadang-kadang datang. Kadang-kadang ujian tu datang bertimpa-timpa, beratnya hanya Allah yang Maha Tahu. 
Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.
Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.
Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.
Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?
Bagaimana kita menyingkapinya?
Sy percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.
Benar. Memang tidak dapat dinafikan.. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.
Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.
Bersangka baiklah.
Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti punya hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]
Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin.Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.
Sabar.
Dan kelak, kesabaranmu itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kau dapat merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil dirimu tersenyum.
Kesilapan kita.
Ada masa kita silap.
Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan.
Terkadang, kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri.
Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari.
Namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?
"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." - [Surah An-Nisa', 4: 32]
Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.
Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?
Namun, silapnya pada kita.
Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya.
Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa.
Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.
Wujudnya saat muhasabah.
Manusia jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar.
Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah.
Masa untuk kita merenung kembali sejauh mana kehidupan ini telah dibawa.
Adakah kita masih berada pada landasan yang benar?
Hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi.
Baik.
Apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya?
Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan." - [Surah Yunus, 10: 12]
Maka, di situ punya hikmah untuk sama-sama kita renungkan.
Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.
Dia mahu kita kembali kepadaNya.
Dia mahu kita selamat di 'sana'.
Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.
Sekarang, jawab dengan hati kita. . .
Benarkah selama ini kita telah meletakkan Dia sebagai matlamat hidup kita?
Atau tanpa sedar kita meletakkan perkara-perkara lain (nikmat-nikmat yang Dia tarik itu mungkin) sebagai tujuan hidup yang mesti kita capai?
Benarkah kita telah meletakkan pergantungan kita sepenuhnya kepadaNya?
Atau mungkin, kita meletakkan pergantungan kita kepada 'tuhan-tuhan' lain (manusia-manusia lain atau diri sendiri) lebih, berbanding Dia Yang Maha Sempurna?
Moga-moga, hati-hati yang bersih itu mampu memberikan jawapan yang jujur.
Kerana saya yakin, pasti semua tahu, bahawa apabila kita sudah mengakui Allah itu sebagai Tuhan kita, seharusnya hanya Dialah yang menjadi matlamat utama hidup kita. Dan hanya kepadaNya jualah tempat kita bergantung segala.
Dan perkara-perkara lain yang 'terkorban' (ketika diuji) itu, tidak lain hanyalah salah satu kurnia dariNya dan juga sebagai ujian pembuktian keimanan manusia.
Seharusnya ia tidak mampu menggoyah matlamat hidup serta keyakinan kita.
Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya.
Jika kita sudah sedar akan perkara ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.
Wahai diri,
Kali ini. . . Letakkan Dia 'bersama' ketika kamu menapak. Dan pasti, jalan penyelesaian itu akan mula kelihatan.