Friday, November 16, 2012

usrati jannati

Ini Keluarga saya. buat pertama kalinya kami bergambar bersama2. saya rasa hampir umur saya 22 tahun, ini pertama kali kami bergambar bersama. sebelum ni pasti ada yang tiada dalam setiap potret. tapi kerana kejayaan kakak saya, kami mampu bersama lagi. Saya bangga berada dalam keluarga ini!! syukur.. Saya sayang keluarga saya. Moga DIA jaga mereka. Amin. Perubahan ahli keluarga dah bertambah dengan kehadiran  kakak baru. abang saya dah kawin.. ni dia..

kakak baru, bersama abang saya di rumah kami. ;) Khabar bahagia,insyaAllah "dia" bakal lahir nanti, Rezeki mereka, rezeki kami. Semoga Allah jaga "dia" juga. Amin. Saya xsabar nak jumpa "dia" . Jangan ditanya tentang bila turn saya, insyaAllah, andai sampai masanya, bertambah lagi keluarga saya.. Amin.

bertaut kembali

Assalamua'laikum.. apa khabar sahabat semua? Terasa rindu untuk bertemu. Yes, sy lalai dalam membentuk ukhwah, menjaga ukhwah. Saya takut untuk berukhwah.. sebab saya xkuat. Tapi Allah hadirkan juga sahabat untuk buat saya jadi kuat. Alhamdulillah.. sudah mula untuk berukhwah kembali. Bebanan dahulu saya tinggalkan ditepian untuk saya jadikan cerminan. Saya suluh kembali jalan2 saya yang kadang2 saya anggap nampak senang. rupanya satu ujian buat saya. saya xnak jalan tu. saya nak jalan yang dahulu, saya nk DIA kuatkan saya. saya xmintak jalan yang senang, tapi saya mintak DIA senangkan saya untuk lalui jalan itu. Saya rasa saya semakin berubah kepada matang mungkin. Saya takut untuk berhadapan dengan hari depan. Ada lagi ke untuk saya?? saya keliru.. Ya Allah, berilah petunjuk dan hidayah pada dia. Saya sayang dia. tapi kadang2 saya geram dengan tingkahlaku dia. xsepatutnya begitu kan?

ok!! saya rindu sangat dengan Suryana,Dayang Nuraida, Haziqah. Saya bangun bersama mereka. Saya kenal ukhwah dengan mereka. rindu tawa mereka saya kenang. Tadi, saya jumpa mereka sewaktu majlis ilmu di pusat islam. Saya rindu nak peluk mereka. yang selalu saya buat tika saya jumpa mereka. Saya sayang mereka. Hari tu kami jalan2 ziarah sahabat saya juga, juga sahabat kepada mereka, kami bertiga bersama lagi. saya rindu mereka. Uqu!!! su!!! rindu...... pelukan dari mereka pelukan semangat buat saya.
* Moga Allah jaga mereka sahabat saya.. Amin..

* semoga saya setabah kamu sahabat2..:")

Friday, November 9, 2012

Angka Bertambah :)

9 NOVEMBER 1992

Salam semua :)
Doa dari jauh, semoga kamu sihat sahabat, Kamu milik DIA, kamu milik ayah ibu, kamu milik sahabat2 kamu, kamu juga di hati saya sahabat. terima kasih jadi sebahagian dalam hati saya. Saya sayang kamu, sayang sahabat saya. Moga ALLAH jaga kamu.  Amin. Sayang kamu fillah.

Wednesday, August 8, 2012

i tried hard to stay strong since we parted but the memories we created never leaves my mind...they haunt me..

walau itu janji

mengharap xsemestinya dapat, berjanji harus ditepati, hati itu halus, lembut, kecewa pasti ada. Biar Allah jaga dia..

Thursday, July 12, 2012

Never regret something that made you smile

Monday, July 9, 2012

Syurga Menanti mereka.. :')

Gambar mentafsir segalanya. Semoga Allah adili seadilnya. Takbir!!! 

Orang baru :)

Pada dia, pasti berdebar kan tunggu saat itu tiba. InsyaALLAh semoga jalan yang kalian pilih diatas petunjukNYA, akn membawa bahagia fiddunya, wal akhirah. Cinta Halal itu INDAH...:)

p/s : Semoga Allah permudahkan. amin.

Xpasti

Sesuatu yang xpasti,
Bila jadi pasti,
 Sangat indah.. ;)
Sejajar naunganNya. Amin.<3<3

p/s : work smoothly. ^^ Bahagia pasti tiba. insyaALLAH.

;)

Tidak mencari, tapi hanya menunggu, Boleh dapat ke?

------ persoalan yang tiada jawapan..?? :::.. mungkin, itu yang terbaik. Tiba saatnya, kejujuran pasti aku bentangkan. <3<3

keep it up

Dia sedang diuji. Teguhkan, kuatkan iman. Andai dia milikmu, Pasti datang padamu jua.

* Be mine... ^^

Saturday, July 7, 2012

:'(

Assalamua'laikum... alhamdulillah, dh selamat sampai umah abang. stay kejap sini sementara kampus sedang berperang di medan ilmu.. tiada khabar, tiada berita,, mengharapkan dia tenang disana. amin.. Permulaan hari yang agak mengelirukan diri. Entah xtahu, entah kenapa gusar di hati makin terasa. sabar duhai hati. mungkin ada yang terbaik untukmu. semakin aku cari semakin aku kabur tentang realiti sebenar. aku xmahu terima kenyataan itu andai itu yang benar buatku. Allahurabbi, andai benar ini ujian Mu buat hamba, insyaAllah, aku terima Ya Rabb. :'(

* Moga hidayah Allah milik kita semua. Amin. Jika engkau kejar akhirat, pasti dunia akan iringimu, tapi jika kau kejar dunia, tiada akhirat disisimu.. wallahua'alam...

Friday, July 6, 2012

tears

Assalamualaikum.. alhamdulillah, paper dh lepas.. tinggal 1 paper lagi.. direct to the point, kmk sgt rindu sahabat2... :'( masa kmk tulis entry ini.. air mata laju, xboleh henti.. kmk teringat, rindu kalian... andaikan kalian berada didepan kmk, kmk nk gtau, kmk syg kalian,,, syg sgt... kmk bersyukur Allah temukan kita.. Allahuakhbar.. kmk xdpt tahan sebak. kmk rindu sgt!!! dengar x shbt2!! Allah... Moga sahabat2 sihat2 tau..


Untukmu

Album :
Munsyid : Durani
http://liriknasyid.com

Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia

 All da best fiddunya wal akhirat.. <3<3... 

Wednesday, July 4, 2012

Kifarah dari DIA

Assalamua'laikum.. alhamdulillah Allah masih hadirkan nikmat iman dan islam. seraya rindu berada di majlis ilmu. Suka duduk masjid Uitm.. rasa macam kat Mekah, even xpenah pegi pun, tapi bila dapat duduk dalam tu, solat, ngaju... ALLAH, ini yang aku cari.. Sungguh, selangkah kita kepada Dia, seribu langkah Dia datang pada kita.. Dia rindu suara kita kan. Allah, aku tahu setiap apa yang ditakdirkan pasti ada sebabnya. Mohon dikuatkan hati dan iman sentiasa. Rasa takut andai nafas terhenti, tiada  yang lain digusarkan, bagaimana amalanku? huhu.. Habluminannas?? Allah, terlalu banyak kurangnya. :'( Esok, bakal mengharungi paper yang ke 6.. Tapi persediaan masih banyak kurang. Semoga DIa bagi nikmat sihat. :) kenapa selalu tenang je if xstudy ke ape, padahal nak exam. Teringat kata2 sorang klasmate ni.
Naeimah, sebenarnya tu anugerah Allah, xsemua Allah bagi ketenangan hati. Ko kena bersyukur la. Memang benda tu kita xnampak... Entah.. Rindu mak abah. Sering dengar perkhabaran dari halaman ramai kawan abah n mak meninggal. Allah.. hambamu belum mampu.. Jagalah mereka dikala penjagaanku xsampai pada mereka. ok, nak sambung study. Insyaallah, mohon doa. Sayarindukalian...

Tuesday, June 26, 2012

habiskan masa

assalamualaikum.. alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan islam. insyaallah mohon pengakhiran yang terbaik diatas jalan islam.. Alhamdulillah, Islam sudah tertegak pada paksinya.. tapi negara kita bila lagi? hm.. insyaallah, mohon doa. semoga ianya akan terlaksana.. amin.. meremang je bila baca post2 dan status sahabat2.. allahuakhbar!!!..

mood mlm ni sakit belakang.. ;( angin 1 badan.. huahuahua... insyaallah xsabar utk kesana..;) mohon doa.. insyaallah itu impian saya sejak dulu.. insyaallah dengan takdirnya jua, saya bakal ke sana. mengutip ilmu disana. mentarbiyah diri disana, mencari identiti diri, menopup iman.. amin. semoga dipermudahkan..

Monday, June 25, 2012

syukur!!

 assalamua'laikum.. ee.. lamanya xleh bukak blog ni.. bila nk post smthing new mesti xleh. tapi mlm ni?? dapat!!! alhamdulillah.. bestnya.. ni mesti sebab dia dh xprivate blog kan.. hehehe.. thnx ok. ;) dh nk exm dh.. takut tapi mcm main2 lagi ye.. nak gtau jadual nih..

 27- professional practice ( 9-12 )
29- project management ( 8.30-10.30 )
1  - economy ( 2.15-5.15 )
3  - measurement 1 ( 9-12 )
    - measurement 2 ( 2.15-5.15 )
4  - construction technology ( 2.15-5.15 )
10 - building services ( 2.15-5.15 )

ok.. doakan saya k.. sy layangkan rindu saya pd  awk dlm doa k.insyaallah..

ok.. take care semua.. nnt story2 lagi k.. 

Monday, May 7, 2012

Salam.. alhamdulillah setelah sekian lama xdapat bukak blog.. xtahu apa yang salahnya.. huhuhu.. cumanya frasa " ALHAMDULILLAH" wajib diungkapkan utk segala macam hal..insyaallah..syukur padanya..

Monday, April 23, 2012

Tolong lindungi dia.. amin..

Sunday, April 8, 2012

RIndu dtg lagi..

assalamua'laikum... alhamdulillah sudah sekian lama xmemberontak kat sini kan..:p entah.. saya rasa rindu sgt2 pada dia.. huhu. Tadi ada jamuan mkn2.. gelak2.. then rasa rindu menyapa.. saat tu rasa kelopak mata panas je.. Al-fatihah buat dia dan mereka..~ hidup biasa2 saja.. hari ni saya rindu Rasulullah bila saya dengar lagu " Lau Kana Bai Nana" Allahommasollia'lamuhammad!!.. itu je.. <3 take care semua...

Wednesday, March 7, 2012

1st meeting.. done!!

Assalamua'laikum .. alhamdulillah.. rasa xstress sangat dah.. sebab?? nak sebab ke? jap k.. hehe.. gini. td pagi stress la.. xde pekdah langsung.. xtahu apa sebab gitu. ade la makhluk2 yang berbisik2 bila kita tengah serabut serabai dengan macam2 urusan dunia ni kan..ok.. ape yang saya serabutkan sangat is saya takut untuk pegang amanah dari mereka.. sangat takut,. gerun.. sebabnya amanah tu nanti akan ditanya,, ye memang kat dunia, tapi akhirat nanti macamana? huh!! takut x dengar? ok, saya diamanahkan untuk apply jawatan JPK merangkap exco kerohanian.. sebabnya kita nak semua umat Muhammad dapat mengaplikasikan apa yang telah disyariatkan dari segi cara hidup.. bak kata pendek.. berdakwah la kan.. step pentarbiyahan perlu ada.. nak tegur?? cara hikmah.. Suka saya ingatkan lagi.. setiap teguran kalau dari hati, pasti yang menerima sangat senang hati ;) ok..  pagi tadi saya meluahkan sedikit isi hati saya yang serabai itu kepada sahabat saya yang sangat comel ;) erkkk..haha.. ok.. saya termuhasabah sangat2.. saya mintak dia tegur saya.. dia tanya nak tegur sal apa? saya cakap xtahu. tolong nasihat saya.. then.. lama tunggu dia reply, tapi xreply.. pastu cam ok la.. xnak bagi nasihat..haha.. kurang penyabar disitu.. lama jugak tunggu then dia reply.. ;') .. saya kongsi dengan sahabat2 semua k.. termotivate dengan sahabat ni..

'' Xda alasan laaa kan. So, xperlu stress. :) kmk nk bagi nshat pn xreti cme blhla bg tips2 sket.rase2 nak stress tarik nafas then istighfar bnyk2, kosongkan minda. Diam sekejap, muhasabah smula, utk apa kmu stress? Sbb kje?org rami lg yg stress dgn kje. Sbb duit? nik madihah puasa sebab xda duit.sebab kolej? anoyanim xdapat kolej. sebb xda semangat study then kmu rsau?then fkir cara build ur spirit. EVERYTHING HAPPEN FOR A REASON.If there's a disease,there's a vaccine. For some problem happen try to find a way to solve. Dont just stay right there and wait for someone to find or to show u the way.try to smile n kmu akn rase lebih bersemangat sket2. try to be relax too. jgn letak beban pada minda kmu. Bila macam nak stress ingat mak ayah kmu.klu rase tetibe je nak stress ingt semula org gle je akn stress tnpa sebab.."

Ini mesej dia.. alhamdulillah,, bila baca aor mata tumpah laju.. ratu air mata.. rasa bahu ringan..huhu.. ok lah.. masuk bab meeting.. selepas meeting terus ade kena handle program 1st. pastu kitorang kena la meeting sesama dengan ahli jpk baru tai kitorang xdiberi jawatan lagi memandangkan pengetua kolej pegi umrah. best kan?? ok. then yang lucunya ada kakak kembar tau. sangat seiras muka.. nama dia k.aini dan k.aisyah.. sangat peramah. sejuk tengok muka diorang. xpenah jumpa kakak tu tanpa senyuman. masa meetig nak gelak je sebabnya keliru mna kak aisyah n mana kak aini.. dua2 comel. hehe. itu je lah k.. mood dah semakin ok. insyaallah.. nnt saya share tentang apa yang saya dapat masa gi majlis ilmu kat Pusat islam k..

Tuesday, March 6, 2012

......

Assalamua'laikum.. alhamdulillah.. saya tiba2 rindu dia.. 
 Dia bagi tahu dia pegi ranchan dengan adik2 lain.. seronoknya kan.. Dia dan sahabat2 dia, adik2 dia akan berhadapan dengan exam. insyaallah, semua sahabat2 mendoakan kalian jua mujahidah ;)..ranchan?? hm.. kenangan2.. macam2.. ajk makanan, buat bbq dengan sahabat, uqu n tiqa.. best!!.. pastu gi mandi2.. ramai2 best.. hm.. rindu~.. tiada istilah kalau kan.. mungkin boleh ditarik balik kenangan dulu, best kan? tu lah, hargai sesuatu dengan baik k. pesan pada diri tau. ok insyaallah, diri dah terima pesanan tu.. ;)

Saya tiba2 stress

Assalamualaikum.. alhamdulillah.. mata ngantok tapi xnak tido lagi.. masih dalam permulaan mengharungi sem baru.. kenapa dah stress?? huhu.. xtahu.. hati, fikiran berkecamok je rase.. kenape? xtahu.. serabut serabai rasa.. tanya pada diri seketika.. kenapa begitu? ok, itu yang kau minta diri..so, Allah dah bagi cuba positifkan.. huhu.. ok2.. sy sedih malam ni xdapat register kelas dengan kawan2 sebab xda orang bagi tahu pun kena masuk group tu.. selalu ada ja orang bagi tahu.. tapi, itu jalan saya pilih sebab saya nak hati saya suci.. saya takut, saya xnak "berkhalwat" dalam diam.. saya xingat ustaz ape bagi tahu, event kita xpernah keluar dengan lelaki pun tapi kalau chating, mesej, same je macam khalwat. Allah, saya xnak macam tu... tau semua berkaitan urusan penting.. tapi kan ada orang lain lagi.. sama jantina kita kan.. cuba k.. Allah tahu kamu mampu diri.. saat ni roomate saya dah lena tido.. saya?? semua kelengkapan bilik belum ada.. so, tido je la macam mana pun k.. daripada orang yang xda bilik tu lagi teruk.ok,, saya sedih lagi.. saya rasa saya memang kena kuat.. untuk hadapi sem ni. alhamdulillah untuk perancangan sahabat surau saya dah meeting tadi.. alhamdulillah sekadar perancangan memang banyak aktivitinya, cuma kita rancang k.. Allah yang tentukan nanti. perancangan Dia lagi teliti kan. esok mungkin pagi xda kelas.. mungkin?? ye.. sebab saya xtahu.. ok. saya cuba untuk tido k.. moga bangun esok yang terbaik menanti diri..;)

* rasa jeles tetiba ada adik2 pegi ranchan.. huhu.. bila nak ada rehlah lagi kan.. miss that moment so much (T_T)

Sunday, March 4, 2012

xnak boleh x??

Assalamualaikum.. alhamdulillah masih menyedut udara allah..
esok dah start kelas.. tapi masih di umah abang..huhu.. kmk xnak pegi kelas boleh esok?? kmk takut pada hati kmk.. xnak gi daftar kolej boleh?? xnak ada kwn baru.. Takut la.. Allah.. tolong kmk k.. kmk takut.. Kmk xyakin dengan diri kmk.. Kmk nak nangis ya Allah.. :'( ye kmk tahu kmk mampu esok.. cuma kmk xyakin sangat je..
Ye memang, Allah tau kan kmk mampu, itu sebab dia uji.. sebab Allah nak bagi ganjaran yang terbaik pada yang menerima ujian.. Kmk mampu kuat kan?? 
" Ya Allah, kuat kan aku pada jalanMu.. Amin.. "
 take care semua ;'(


A lot of work!!

Assalamualaikum.. hehe.. alhamdulillah masih berkesempatan nak update lagi kan.. lagi sehari je nak balik ke UiTM.. wah.. cepatnya masa berlalu.. rasa sekejap je cuti kan.. haih.. bersyukur wahai diri..;p .
ok.. tetiba nak update tentang banyaknya keja nak kena buat.. nak tau apa kerjanya?
Kena packing barang, kena siapkan baju2 kurung yang belum terjahit.. ha.. kmk menjahit.. hehe.. buat baju kurung.. memang dah kebbiasaan 2 atau 3 hari nak balik uitm.. or nak buka sem baru, baru nak terketar2 kaki nak buat bau, nak buat macam2.. haih.. ingat dah berubah wahai diri.. ;p bukannya salah kmk.. mak kmk yang busy lah.. memandangkan abang kmk bakal melangsungkan perkahwinannya pada?? xtau....haha.. mungkin bulan 6 atau 8 kot.. sebab?? tunggu kmk cuti..hahah.. kelakor betul.. sebab?? sapa nak tolong mak abah kmk nnt?? kakak kmk?? kesian kat dia sorang2..hehe.. yela...nak kenduri kahwin bukannya senang2 camtu ja boleh buat. macam2 hal.. ha, ayah kmk dah beli 2 ekor lembu jantan..hehe.. kmk tnye mak kmk kenak xbli lembu ompuan juak?? aih.. mak kmk padah.. xboh la.. beli lembu jantan la.. bukannya sempat nak beranak pinak.. eh.. bukan2.. kan nak buat kenduri.. umm... apa2 jak lah ow.. ;p
pagi2 kmk kena bagi makan lembu.. haha.. punya takut nak bagi makanan kat dia.. pastu pagi tadi kan... masa kmk nak jemur baju, lembu tu macam nak terkam kmk.. sekor lagi ok ja.. haha.. kmk tnya adik kmk nape dia ekstrem sangat?? adik kmk cakap dia suka makan baju..haha.. kelakor.. lembu makan baju?? Memang!! lembu kampung kmk.. penah hari tu, lembu jiran kmk gi makan baju kemeja ayah kmk..haha.. mana xmengamok oi.. mak kmk yang kena marah.. haih..;p

pastu masa tengah exited iron baju untuk kemaskan jahitan dia.. iron TERpanas tetiba.. habis kain lapik iron hangit!!. ok, nasib mak xtau.. ada corak iron.. nasib baju baru selamat.. haha.. syok sendiri?? ;p .

Wednesday, February 29, 2012

Untitled!!

Assalamua'laikum.. syukran jazilan!! ;')
a


‎"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."


* Take care, wassalam..

Sunday, February 26, 2012

Jom diet esok!!

assalamualaikum. esok isnin!! hehe.. jom sahabat2 kita puasa nak?? Sunat?? Ganti?? Nazar?? yup.. InsyaAllah xda aral melintang puasa k.. ;)) itu je la.. ;))

Wasiat Rasulullah pada Saidina Ali

Assalamualaikum.. ada terbaca kat sini . Then nak post jugak kat blog ni.. perkongsian..;)
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, "Rasulullah saw berwasiat kepadaku dengan sabda Baginda":
"Ya Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan. Tidak ada harta yang lebih berharga daripada aqal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (rasa kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah. Tidak ada wara' yang lebih baik daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur."
"Ya Ali! Segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit berkata-kata adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah merasa bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama adalah hawa nafsu."
"Ya Ali! Perbanyakkanlah membaca Surah Yassin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan. Tidak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus kecuali hilang hausnya. Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Di penjarakan melainkan ia akan keluar dari penjara. Bujang melainkan ia akan berkahwin. Sewaktu musafir matanya menjadi terang dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatkannya kembali. Tidak dibacakan ia ke atas orang yang akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sehingga petang, dan barangsiapa yang membacanya di waktu petang nescaya ia akan berada di dalam keadaan aman sehinggalah waktu pagi."
"Ya Ali! Bacalah Surah Hammim Ad-Dukhaan pada malam Jumaat, nescaya Tuhan memberikan keampunan kepadamu."
"Ya Ali! Bacalah Surah Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuatu."
"Ya Ali! Bacalah Surah Tabaraka dan As-Sajadah nescaya berkat keduanya engkau diselamatkan Tuhan daripada bahaya hari kiamat."
"Ya Ali! Bacalah Qulhuwallahu Ahad dalam keadaan engkau berwudhuk, nescaya engkau akan di seru pada hari kiamat; Hai pemuji Tuhan! Bangkitlah, maka kemudian masuklah ke dalam syurga!"
"Ya Ali! Bacalah Surah Al-Baqarah, kerana sesungguhnya dalam membacanya itu ada membawa keberkatan, dan tidak mahu membacanya membawa penyesalan.
"Ya Ali! Janganlah engkau bersetubuh dengan isterimu pada malam bulan sabit baru muncul, dan jangan pula pada pertengahan bulan, kerana di khuatirkan anakmu akan cacat."
Aku (Ali) bertanya: Kenapa demikian ya Rasulullah? Jawap Baginda: "Kerana Jin banyak mendatangi wanita-wanita pada malam tengah bulan dan pada malam Hilal (bulan sabit). Apakah engkau tidak perhatikan bahawa orang-orang gila itu boleh muncul penyakitnya kembali pada malam tengah bulan dan malam Hilal itu?
"Ya Ali! Jauhilah sengketa, kerana ia akan menghapuskan amalan-amalan engkau."
"Ya Ali! Segeralah bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkah mendahului sedekah."

"Ya Ali! Jauhilah kemarahan, kerana syaitan menguasai anak cucu Adam dalam keadaan ia marah."
"Ya Ali! Jauhilah olok-olok, kerana hal itu akan menghilangkan kehebatan anak cucu Adam dan kesungguhannya."
" Ya Ali! Jauhilah riba, kerana padanya terdapat enam perkara, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga di dunia;
1. Ia akan cepat memusnahkan harta.
2. Ia akan melenyapkan kekayaan
3. Ia akan menghapuskan rezeki.
Adapun yang tiga di akhirat ;
1. Ia akan membawa buruk perhitungan (hisab).
2. Ia akan membawa kemurkaan Allah swt.
3. Kekal di dalam neraka."
"Ya Ali! Cintailah fakir miskin, nescaya Allah akan cinta pula kepadamu."
"Ya Ali! Janganlah engkau bentak fakir miskin, nescaya engkau akan di bentak pula oleh Malaikat pada hari kiamat."
"Ya Ali! Janganlah engkau abaikan sedekah, kerana ia akan menolak kejahatan dari dirimu."
"Ya Ali! Keluarkan infak hartamu dan berikan kelapangan kepada keluargamu, dan janganlah khuatir terhadap Tuhan yang memiliki Arasy bahawa Ia akan menyediakan kurnia-Nya terhadapmu."
"Ya Ali! Janganlah berdusta, kerana dusta itu menghitamkan muka. Bila seseorang sentiasa berdusta, dia akan dinamakan disisi Tuhan "si pendusta", dan bila dia benar maka akan dinamakan disisi Tuhan sebagai orang yang "benar" (siddiq). Sesungguhnya berdusta itu akan menjauhkan Iman.
"Ya Ali! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah bicara yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat melebihi ketajaman lisannya."
"Ya Ali! Jauhilah sifat dengki, kerana dengki itu memakan segala kebajikan sebagaimana api memakan kayu bakar".
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasa'i)
Wallahua'lam..

Rasa nak menaip

Assalamua'laikum.. alhamdulillah masih diberi kesempatan on9.. ngadap labtop ni.. tapi yang xbestnya labtop merajuk lama sangat la.. macam2 problem.hehe.. abaikan je la. saja dia taknak bagi sy on9 kan..;p .Sebelum bercerita panjang lebar kan, nak share something ni.. ada terbaca satu buku tu.. 

Hadis Bukhari dan muslim kalau xslap.. maap.. sumber tak ingat kat mana, tapi boleh diamalkan..
Nabi s.a.w bersabda: 
"Barangsiapa yang ucapkan subhanallah (33x) alhamdulillah(33x) allahuakhbar(33x) = 99x kan, Nabi akan cukupkan dengan 100x zikir kita.. "

subhanallah mudah nya Islam kan.. zikir sikit je dah dapat hadiah.. ;) alhamdulillah, semoga pengakhiran kita kalimah " Lailahaillah" meniti di bibir kan. amin..  

 Hari ni cuaca tak menentu ja. kejap hujan, kejap panas.. tapi kita kena bersyukur tau sebabnya kalau hujan mesti ada sebab kenapa dan sebaliknya. Kalaupun kita xsuka pada hujan kan, tapi mana tahu masa tu tempat lain sangat memerlukan hujan. tak pun cuba tengok mungkin tumbuhan nak kan air kan.. so Allah bagi la hujan kan?? ha.. Setiap benda yang Allah tetapkan ada hikmahnya kan.. petang tadi ada terima mesej..


" Tahniah dan takziah.. anda terpilih untuk...." 

 mampu ke nanti?? insyaAllah sy cuba k.. buat semampu yang boleh. pastu ni part paling best. haha..



Ada sorang lecturer kmk kan( bhsa kmk la ow) dia ada text kmk, tnya result cemana.. puan ok!! puan suliahti namanya.. puan ni sangat best, dia macam mak kmk je.. caring je orangnya.. pastu kmk reply la..


kmk                 : Alhamdulillah result ok puan, cuma pointer xseperti yang sy target. tapi bersyukur"
puan                :  Nak tanya kat kampung awak ade x orang buat tempahan baju kurung n baju melayu?? 
(hahahahah.. kmk gelak besar.. jahat kan.. gelak bukan sebab apa, xkan puan nak tempah kat kedah.. rumah dia kat selangor wei.. ok.. )
puan                :  yup, sy nk tempah untuk 5 orang anak lelaki, 3 orang anak perempuan, sy,hubby n maid sy..
(hahahah.. kmk gelak lagi.. motif kmk gelak xtau knp.. then kmk pun gi tnya mak kmk.. mak boleh buat x?? mak on ja, cuma takut xselesa pulak nnt. ok!! puan nak tempah baju untuk raya nanti.. sempat kot buat. tapi masih dalam proses runding harga..;) tutup cita.. )

pastu ada mesej dengan sorang sahabat merangkap kakak jugak.. tanya khabar dia suma. then dia tnya macammna kmu dengan jejaka tu?? oh tidak.. kenapa soalan tu?? boleh x kalau kmk cakap kmk xnak fikir dan belum bersedia sebabnya kmk rasa itu sebenarnya ujian Allah untuk kmk.. nak tahu kenapa?? panjang kisahnya.. pendekkan?? oh tidak, memang panjang..haha.. abaikan je . cuma kmk terkesan bila baca artikel ni kat blog ni.. hatiku tak terjaga.... bila nak menuntut ilmu perkara paling2 penting kena jaga ialah HATI kan.. so, tolong jaga hati tau.. Alhamdulillah berkat doa pemilik cinta Allah kmk berjaya melepasi ujian tu buat masa ini. tapi mampu ke untuk masa akan datang..  kmk terkesima bila terpandang kata2 ni:

Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya, Namun kadang kadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita kerana Dia ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. Sama2 kita menjaga dan mendidik hati ....<3 InsyaAllah =') 

Petang sikit pulak kmk terima mms.. opss.. alhamdulillah handphone dah dapat trima mms ok. 
adik mannis!!! syukran jazilan ya.. ;) comel sangat.. ptut busy je..;p pastu kan.. hahaha.. kmk suruh la kak long merangkap sepupu kmk mintak dia ambikkan gambar kmk, kononnya nak reply mms dia, tapi, xcomel.. nak tunggu bila kmk stress, baru comel gambar tu.. dok kat umah asyik bina badan ja kan.. hahaha.. habis la..

malam sikit pulak dapat tahu sahabat kmk ni ade blog rupanya.. hahah.. nak tiru ayat dia lah.. 

" MAAF UNTUK KALI KE 17.. " hahah.. saja nak 17 bagi dia ingat tarikh lahir kmk ow..;p hari lahir? ada x entry pasal hari lahir ow?? xingat dah.. abaikan je


Wednesday, February 22, 2012

Syukur Allah!!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah berkat usaha, doa mak abah, sahabat2 kesayangan saya.. walaupun xseberapa, TAPI Allah bagi ikut daya kemampuan kita kan..

Wednesday, February 15, 2012

Sampaikanlah

Assalamualaikum.. tangan dan mata mencari sesuatu untuk dihadamkan..;) aku perlu bangun, perlu sedar!! kadang2 terdetik jugak aku belum layak untuk meyampaikan, tapi sampai bila?? ayuh!! 
cer tengok apa yang dipadah oleh Imam Syafie?


'Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan dimuka bumi ini'. [Imam Syafie]


Tidak akan ada pendakwah dimuka bumi kalau kita masih merasa kita tidak mampu untuk berkongsi atau menyampaikan.. Pesanan terutama2 sekali pada diri..



ok.. itu sahaja untuk kali ini.. take care ;) wasalam...





Sunday, February 12, 2012

Terima kasih sahabat ;')

Assalamualaikum.... entah kenapa tiba2 rasa sebak dan rindu pada mereka sahabatku, saya serlahkan rindu saya pada mereka, dan khabarkan rindu sahabat pada sahabat, tenang dia berpesan, walaupun tiada khabar dari dunia teknologi, jangan lupa khabarkan pada yang menciptakan mereka. ALLAH, sekalung doa buat sahabat semua. Al fatihah..


Buat sahabat kesayanganku..Terima kasih pada ingatan selama ini, teruskan memberi ingatan padaku, kerana aku lemah saat kalian tiada.

" Pada yang jauh, maafkan kerana gagal mendekat, pada yang hampir maaf kerana tidak pandai membelai.. Kita akan temui sesuatu yang kita hilang di tempat yang kita kehilangannya. Dan kadang kadang sesuatu pengakhiran membawa kepada suatu permulaan yang lebih baik.

Juga perkongsian dari adik asniar ;)

Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah bersabda:
Seorang lelaki pernah mengunjungi saudaranya di sebuah kampung,Maka Allah mengutus malaikat untuk memantaunya. Ketika ia lalu malaikat bertanya:

" Engkau hendak kemana?" Ia menjawab : " Aku inging mengunjungi saudaraku disini" malaikat bertanya: " Adakah kerana kenikmatan yang akan kamu perolehi darinya(hasil bumi)?" Ia menjawab: " Tidak, aku hanya menyayanginya kerana ALLAH" Lalu malaikat berkata: " Aku adalah utusan ALLAH untuk menyatakan padamu bahawa ALLAH mencintaimu sebagaimana engkau telah mencintai saudaramu kerana DIA"
( Hadis riwayat Muslim)

Memang mudah mengungkap sayang fillah, tapi sejauh mana tafsiran itu pada realitinya?? :') maaf andai tak menjadi sahabat yang terbaik pada kalian.. sayang sahabat semua yang menjadi kekuatan saya. terima kasih atas nasihat,teguran kalian k..

* this word below credit to her, ( uQu )

" Sahabat adalah cerminan diri" tapi nak jugak kmk buat lawak ni, xsemestinya kalau sahabat kita "comel" kita pun sama comel..haha.. uqu!!! rindu uqu banyak lemon..hihi.. ;)

;)

Assalamua'laikum.. dalam keadaan diri terkapai2 mencari sesuatu makanan jiwa, terpandang pada satu ayat ini:

Ketika anak murid Imam Al  Ghazali bertanya padanya :

" Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?"

Lalu jawab Imam yang arif itu  :

" Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata yang kotor kotor dan sia sia"

Thursday, February 9, 2012

wahai pencinta warna warni dunia !! ;)

assalamualaikum sahabat2..;)
Jom kenali personaliti hijau:

KENALI WARNA DIRI ANDA...


Warna Hijau


1. Jenis yang sa
ngat ROMANTIK, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang sejuk. 

2.Seorang yang berpegang pada prinsip diri.

3.Dalam bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercaya.





 Warna Biru


1. Jika kamu menyukai warna biru, maka kamu termasuk dalam JENIS pemurung.

2. Selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal. 

3. Mendambakan ketenangan dan ketentEraman. 

4. Selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan
. 
5. Dalam bercinta kamu bijak dalam menyembunyikan sesuatu.

* copy dari sorang sahabat ;) warna purple belum ade lagi, warna oren??xde jugak lagi..hihi




Belum rezeki ;)

Assalamua'laikum,
Alhamdulillah, hati tersentuh, hati sebak, hati nak nangis.. :') teringat dengan banyak task yang dapat, tension keadaan dirumah, kekalutan dunia, Allah, sikit je baru wahai diri.. dah mengeluh kan.. hmm.. tertunggu-tunggu jugak panggilan daripada HEP, belum ada lagi pun. kawan2 lain suma dah dapat, kenapa aku belum?? sedih :'( nak nangis, mungkin niat pada awal mohon nak jadi fasi untuk MDS dah salah,tersasar sedikit pada tujuan asal kot, Allah... Kawan2 semua call gitau dah dapat call. kenape HEp xcall saya lagi. mungkin diorang tak de kredit nak call kot ataupun mungkin bil telepon HEP tak bayar..hiihihi.. haraplah gitu. kalau ada rezeki on 18 feb ni bertolak balik ke Shah Alam. tapi belum ada kan. Malam ni kena siapkan semua tugasan yang diberikan. Esok last hantar k.. ingat tu, tapi tangan ni rasa ringan jugak nak taip2 share dengan sahabat2 semua.. ;)

ingat nie sikit keh.. buat para Da'ie :
"apabila kita sendiri di uji dengan apa yang sering kita dakwahkan, maka itu adalah petanda bahawa ALLAH sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. bersyukurlah kerana ALLAH masih sudi mengingatkan kita dalam usaha kita mengingatkan manusia"

mood^^: bila la dapat jenguk2 nota-nota dia kan.. hmm.. masih menanti ;)

Wednesday, February 8, 2012

Jom Minum ;)

Assalamualaikum, Teringat pada pengisian daripada seorang sahabat di surau Gading, Rindu~ Ok, tentang Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri??



Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika 


kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. 


Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring 

oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.



Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!

Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..



1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.


2. Minum air 30 minit sebelum makan dapat mempercepatkan proses pencernaan..;)


Wallahua'lam..;)

Friday, February 3, 2012

Terima Kasih Allah..

Salam.. alhamdulillah malam ni tetiba rasa ringan tangan nak taip kat sini.. bukan ape, ada request dr shbt surh update. memang nak update lame dah tp..hm.. entah lah.. Tahniah buat sahabat yang berjaya dengan keputusan UPU.. Korang hebat sahabat!! Tahniah kepada mereka.. ;) lama pulak nak masuk sem baru.. xsabar nak jumpa diorang. nak gi program sama2.. nak gi surau sama2.. Allah, rindu lah..xnak lah update bnyak2.. nnt k.. nnt sy/akk update pasal ape aktiviti yang dibuat masa cuti keh..heee...esok nak pegi tunang abang.. kat Kuala Kubu Baru, Selangor.. Mohon doa kalian jua.. ;) keyboard buat hal.. huruf JJJJ memang prob. hari tu M, _.. tapi J pulak.. aigoo.. hehe.. ok lah k. k  k  k.. nnt lah update lagi.. Selawat dan Salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Allahummasollia'lamuhammad..

tengok gambar2 kt labtop. >.< rindu sahabat2 tercinta dan adik2 tercinta ~
Hug with love.. ;))

Friday, January 6, 2012

.....





Salam.. Allah, tunjukkanlah mana yang benar, andai itu yang terbaik untukku, aku redha ya Allah. Cuma pintaku, kuatkan aku. Tetapkan hatiku untuk terus berada atas jalanMu..Amin..