Sunday, July 3, 2011

:..sesungguhnya aku lemah..::

Notes from i luv islam..
Sahabat, 
Aku lemah,
Benteng ku bina telah pun musnah,
Ku mahu bangkit tetapi payah.
Sahabat,
Aku lemah,
Amat mudah digugat mehnah,
Kuatkanlah aku wahai sahabat.
Sahabat,
Aku lemah,
Bertarung nafsu kadangkala rebah,
Sedarkanlah aku daripada taufah.
Sahabat,
Aku lemah,
Jatuh terhumban aku patah,
Papahkanlah aku ke jalan Allah S.W.T,
Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut menjadi fitnah,
Tegurlah aku biar berhikmah.
Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut azab-Nya Allah S.W.T,
Peringatkanlah aku jangan bersudah.
Ku tahu,
Sifat insan itu lemah,
Sendirian dia dikelilingi fitnah,
Selain iman pembenteng punah,
Kekuatan hadir di balik ukhuwah.
Sahabat,
Aku lemah,
Kalian harapanku,
Janganlah biarkan aku terus hanyut.
Sabarlah denganku biarpun payah,
Tegurlah aku walaupun kerenah,
Sebelum aku punah,
Sebelum aku menyesal tak sudah,
Sebelum aku diazab Allah S.W.T.
Pimpinlah aku bersamamu,
Kembali kepada Allah S.W.T,
Moga-moga pengakhirannya,
Khusnul khatimah.
Aku semakin jauh jarak dengan shbt2.. saat nie shbt2 srwk dh khatam program KKI.. sgt sedih xdpt join. Rindu kalian semua shbt2..Uqu, tiqah, sai, haziq, yuli, sue, azie, mira, farah, zila, afiq, nad, semua shbt2 lain dan juga adik2 fasi yg baru.. as, fizah, syimah, aini, khamisah, ayu...


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. takbir!! 

2 comments:

mustRZ said...

salam... huhuhu nama budak kecik xder.. sampai ati k.wangi..

Anonymous said...

hupdate la lagi =[