Thursday, December 29, 2011

:kasihNya:

Assalamualaikum.. salam sayang buat semua sahabat yang dekat mahupun jauh. Tatkala menulis entry ini, hati rasa sebak, sayu.. Allah.. Terima kasih kurniakan sahabat yang sentiasa menyedarkan aku tatkala iman kadang kadang goyah untuk terus berada di atas jalanMu..Alhamdulillah syukur aku panjatkan kerana masih berada dalam nikmat iman dan islamMu. 

Insyaallah.. pagi ni bangun subuh, lepas tu gi basuh baju.. masa tengah basuh baju, rasa lain macam sangat,tersedar seketika kenapa hati sekarang keras sangat ni. mana air mata yang selalu mengalir tatkala mendengar kalam alunan zikrullah dialunkan?Allah!! rindukan air mata tu, rindukan muhasabah tu.. pastu, selesai basuh baju, tatap labtop. dpt mesej dari sorang shbt, Allah tu Maha Penyayang kan.. shbt tu bagi link qasidah yang memuji junjungan besar kita, then, bukak fb, pegi kat ukhwah kultim. pastu ada nampak sorang sahabat post link zikir munajat.. 

Allah, aku sayang sahabat aku.. Kekalkan lah ukhwah antara kami Allah.. aku dengar lagu tu, subhanallah,Alhamdulillah Allah hadirkan semula hati aku yang kian lama merindukan saat itu. Aku rindukan usrah bersama sahabat2 aku.. Allah, dekatkan lah hati hati kami dengan hidayahMu. Amin,, Aku rindu mereka Ya Allah. Rindu~

Melihat pada komen sahabat,
"berkata seorg guru.... jika kita masih mampu menitiskan air mata, itu tandanya hati kita masih hidup... ayuh!! hidupkan hati kita dengan bermuhasabah...." 

Terima kasih sahabat!!

Sayang sahabat2 kerana ALLah..


3 comments:

NIA WIRDAH said...

Insyallah,moga tenang dalam keimanan,dalam apa jua cabaran yang menimpa..bukan beriman dalam keadaan tenang,tiada ujian baru rasa nak bersyukur..apepun optimislah,think positive..andai ujian itu mendekatkan diri kita dengan Allah,bersyukurlah :)

naeimah ramli said...

insyaallah akk.. mungkin hati ni dh jauh dr majlis ilmu.. rindu nak berusrah..:'(

NIA WIRDAH said...

surau kan ada,i.allah kat sana kita dapat semua benda tu..ukhuwwah,muhasabah,tarbiyyah dan kekuatan...blog walking pun membantu.peringatan untuk diri sendiri akak juga supaya lebih rajin turun surau :)