Sunday, February 26, 2012

Rasa nak menaip

Assalamua'laikum.. alhamdulillah masih diberi kesempatan on9.. ngadap labtop ni.. tapi yang xbestnya labtop merajuk lama sangat la.. macam2 problem.hehe.. abaikan je la. saja dia taknak bagi sy on9 kan..;p .Sebelum bercerita panjang lebar kan, nak share something ni.. ada terbaca satu buku tu.. 

Hadis Bukhari dan muslim kalau xslap.. maap.. sumber tak ingat kat mana, tapi boleh diamalkan..
Nabi s.a.w bersabda: 
"Barangsiapa yang ucapkan subhanallah (33x) alhamdulillah(33x) allahuakhbar(33x) = 99x kan, Nabi akan cukupkan dengan 100x zikir kita.. "

subhanallah mudah nya Islam kan.. zikir sikit je dah dapat hadiah.. ;) alhamdulillah, semoga pengakhiran kita kalimah " Lailahaillah" meniti di bibir kan. amin..  

 Hari ni cuaca tak menentu ja. kejap hujan, kejap panas.. tapi kita kena bersyukur tau sebabnya kalau hujan mesti ada sebab kenapa dan sebaliknya. Kalaupun kita xsuka pada hujan kan, tapi mana tahu masa tu tempat lain sangat memerlukan hujan. tak pun cuba tengok mungkin tumbuhan nak kan air kan.. so Allah bagi la hujan kan?? ha.. Setiap benda yang Allah tetapkan ada hikmahnya kan.. petang tadi ada terima mesej..


" Tahniah dan takziah.. anda terpilih untuk...." 

 mampu ke nanti?? insyaAllah sy cuba k.. buat semampu yang boleh. pastu ni part paling best. haha..



Ada sorang lecturer kmk kan( bhsa kmk la ow) dia ada text kmk, tnya result cemana.. puan ok!! puan suliahti namanya.. puan ni sangat best, dia macam mak kmk je.. caring je orangnya.. pastu kmk reply la..


kmk                 : Alhamdulillah result ok puan, cuma pointer xseperti yang sy target. tapi bersyukur"
puan                :  Nak tanya kat kampung awak ade x orang buat tempahan baju kurung n baju melayu?? 
(hahahahah.. kmk gelak besar.. jahat kan.. gelak bukan sebab apa, xkan puan nak tempah kat kedah.. rumah dia kat selangor wei.. ok.. )
puan                :  yup, sy nk tempah untuk 5 orang anak lelaki, 3 orang anak perempuan, sy,hubby n maid sy..
(hahahah.. kmk gelak lagi.. motif kmk gelak xtau knp.. then kmk pun gi tnya mak kmk.. mak boleh buat x?? mak on ja, cuma takut xselesa pulak nnt. ok!! puan nak tempah baju untuk raya nanti.. sempat kot buat. tapi masih dalam proses runding harga..;) tutup cita.. )

pastu ada mesej dengan sorang sahabat merangkap kakak jugak.. tanya khabar dia suma. then dia tnya macammna kmu dengan jejaka tu?? oh tidak.. kenapa soalan tu?? boleh x kalau kmk cakap kmk xnak fikir dan belum bersedia sebabnya kmk rasa itu sebenarnya ujian Allah untuk kmk.. nak tahu kenapa?? panjang kisahnya.. pendekkan?? oh tidak, memang panjang..haha.. abaikan je . cuma kmk terkesan bila baca artikel ni kat blog ni.. hatiku tak terjaga.... bila nak menuntut ilmu perkara paling2 penting kena jaga ialah HATI kan.. so, tolong jaga hati tau.. Alhamdulillah berkat doa pemilik cinta Allah kmk berjaya melepasi ujian tu buat masa ini. tapi mampu ke untuk masa akan datang..  kmk terkesima bila terpandang kata2 ni:

Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya, Namun kadang kadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita kerana Dia ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. Sama2 kita menjaga dan mendidik hati ....<3 InsyaAllah =') 

Petang sikit pulak kmk terima mms.. opss.. alhamdulillah handphone dah dapat trima mms ok. 
adik mannis!!! syukran jazilan ya.. ;) comel sangat.. ptut busy je..;p pastu kan.. hahaha.. kmk suruh la kak long merangkap sepupu kmk mintak dia ambikkan gambar kmk, kononnya nak reply mms dia, tapi, xcomel.. nak tunggu bila kmk stress, baru comel gambar tu.. dok kat umah asyik bina badan ja kan.. hahaha.. habis la..

malam sikit pulak dapat tahu sahabat kmk ni ade blog rupanya.. hahah.. nak tiru ayat dia lah.. 

" MAAF UNTUK KALI KE 17.. " hahah.. saja nak 17 bagi dia ingat tarikh lahir kmk ow..;p hari lahir? ada x entry pasal hari lahir ow?? xingat dah.. abaikan je


ok2.. dah la tu merapu merepek.. ade orang dok tunggu nak baca entry ni..haha.. ada ke?? perasan ;p haha.. ok lah.. lenguh dah naip2 sini.. ok semua. take care ya.. ;) wasalam.

1 comment:

Mr. FOrever said...

alhamdulillah ! sgt ambil berat ye pensyarah anda !
amboi, ada hp bru ke, dah dpt terima-hantar mms nampakny !
ehem2, xbaik tiru ayat org lain tau, hehe. gurau j. byk kali ny dia minta maaf, salah ape dia buat, setiap maaf siap bernombor gitu. huhu. gurau.
oh, hari lahir 17hb rupany, bulan bpe ye? hehe =]